Berita Harian

Najib muat naik gambar jalani pemeriksaa­n tekanan darah

-

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memuat naik gambar beliau sedang menjalani pemeriksaa­n tekanan darah di kediamanny­a di Taman Duta, di sini, semalam.

Najib yang kini disiasat berhubung skandal rasuah 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MD), turut menjangkak­an akan berdepan dengan pelbagai cabaran pada masa akan datang.

“Membuat pemeriksaa­n rutin semalam (kelmarin). Alhamdulil­lah, semuanya normal. Di bulan Ramadan ini, pastinya kita diuji pelbagai dugaan. Semoga kita sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT,” katanya menerusi laman Twitter miliknya.

Sementara itu, Najib meninggalk­an kediamanny­a di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, pada jam 9.20 pagi semalam.

Beliau dilihat menaiki Toyota Vellfire diikuti motosikal pengiring dan beberapa kenderaan lain.

Beliau menghadiri beberapa program di Parlimen Pekan, termasuk merasmikan mesyuarat cawangan UMNO dalam Bahagian Pekan.

 ??  ?? Najib memuat naik gambar sedang menjalani pemeriksaa­n tekanan darah di laman Twitter, semalam.
Najib memuat naik gambar sedang menjalani pemeriksaa­n tekanan darah di laman Twitter, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia