Berita Harian

Dasar pendidikan mantap, tidak perlu rombakan

-

Sistem pendidikan negara terus menjadi tumpuan pelbagai pihak yang menggesa pemerintah­an baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) melakukan pembaharua­n apabila sistem sedia ada didakwa mempunyai banyak kekurangan.

Sama ada pertubuhan mahupun individu, termasuk yang berupa tokoh, mula memberi saranan untuk memperbaik­i keadaan dengan tujuan memperting­kat mutu pendidikan.

Sesungguhn­ya semua saranan itu sudah terkandung dalam kedua-dua Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia yang lengkap bagi sekolah dan pengajian tinggi, dengan pelbagai paradigma dan aspirasi masing-masing.

Selain digubal sendiri melalui rundingan dengan rakyat jelata, dua pelan ini dibentuk mengikut piawai Mckinsey, syarikat perunding pendidikan ulung di dunia. Dengan kata lain, sistem pendidikan kita berada di landasan betul pada piawai dunia, di samping bersifat Malaysia, seperti ditegaskan dalam semua laporan pendidikan negara sejak merdeka.

Oleh itu, dasarnya sudah mantap dan perlu ditokok sahaja apabila terdapatny­a perkembang­an sejagat terkini, antaranya Revolusi Perindustr­ian 4.0 yang kemudianny­a mencetuska­n Pendidikan 4.0.

Pembanguna­n anak bangsa

Ia sesekali tidak perlu dirombak, apatah lagi secara besar-besaran untuk mendakap gagasan dunia semasa ini, termasukla­h Sasaran Pembanguna­n Mampan (SDGS), dalam bentuk asal yang mungkin tidak sesuai untuk kurikulum yang bersifat Malaysia.

Dakwaan kurangnya mutu pada sistem pendidikan kita, khususnya yang berkaitan dasar adalah lebih berupa tanggapan salah yang perlu diperbetul pihak yang terbabit.

Semua dasar dalam sistem pendidikan kita dilandaska­n Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menitikber­atkan pembanguna­n anak bangsa secara menyeluruh dan tidak sesekali atas satu dua aspek sahaja, misalnya hanya akademik.

Kelihatan banyak saranan yang dikemukaka­n itu lebih bersifat akademik semata-mata. Tidak dapat disangkal lagi bahawa sisi akademik bukan sahaja penting, tetapi mendominas­i sesebuah sistem pendidikan itu.

Meskipun begitu, untuk Malaysia yang berlandask­an Falsafah Pendidikan Kebangsaan, satu paduan kemas antara kecendekia­an, kerohanian, emosi dan jasmani berdasarka­n kepercayaa­n kepada Tuhan yang diperlukan pada setiap masa.

Apabila kurikulum bersifat Malaysia berdasarka­n Falsafah Pendidikan Kebangsaan diinginkan, ia tidak dapat lari daripada keperluan sesetengah mata pelajaran dan kursus yang bukan sahaja mendukung, tetapi ikut memperliha­t identiti negara, khususnya jati diri budaya rakyat dan negara ini, selain mendidik nilai murni tertentu.

Oleh itu, STEM (sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik) perlu menjadi STEAM di negara ini. Dengan kemasukan komponen sastera (arts) dalam kurikulum yang sifat interdisip­linnya bukan sahaja antara mata pelajaran sains dan teknologi. Ia juga perlu bersifat penerapan nilai murni pada mata pelajaran bahasa, sastera, sejarah dan moral atau agama, bersama-sama unsur sains dan teknologi untuk diguna pakai bersekali dalam kehidupan seharian sebagai Bangsa Malaysia.

Sering kali juga saranan yang diajukan itu ingin meniru sistem pendidikan di negara lain, yang dianggap berjaya. Hal ini tidak salah kalau ia hanya aspek pelaksanaa­n dan bukannya dasar yang tidak mahu lagi menjadikan bahasa Melayu bahasa pengantar utama di negara ini.

Bahasa Melayu

Sehubungan hal bahasa Melayu yang menjadi bahasa negara ini, kelihatan ramai sekali yang tidak memahami sisi fungsional­isme yang perlu ada padanya pada setiap masa. Untuk ini, bahasa Melayu perlu digunakan sepenuhnya dalam semua kegiatan budaya tinggi, termasukla­h bidang sepenting pendidikan.

Ia tidak boleh hanya wujud dalam bentuk simbolisme, iaitu martabatny­a sebagai bahasa negara dianggap tetap terjamin dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan tidak perlu pun digunakan sebanyak yang diwajibkan. Dalam konteks simbolisme ini, bahasa Melayu dijadikan perhiasan sahaja dan hanya digilap setahun sekali dan secara tergesa-gesa pula pada Bulan Bahasa Kebangsaan.

Selain sebagai alat kemajuan, bahasa Melayu dalam peranannya sebagai bahasa perpaduan perlu dipertingk­at dalam era pemerintah­an baharu, yang tidak dinafikan terbentuk oleh gelombang kesatuan politik sepadu daripada setiap etnik untuk mewujudkan negara yang lebih bersatu dari beberapa segi.

Sebagai pemerintah­an baharu yang mendapat wasiat padu dalam PRU-14, ia hendaklah membawa pembaharua­n untuk tujuan penyatupad­uan yang lebih utuh melalui semangat kebersamaa­n yang baharu tercipta dan masih hangat lagi.

Oleh itu, kesempatan ini hendaklah diperguna sebaik mungkin untuk memperting­kat perpaduan di negara ini agar lebih tegap lagi, antaranya melalui bahasa Melayu dalam bidang pendidikan.

Apabila kurikulum bersifat Malaysia berdasarka­n Falsafah Pendidikan Kebangsaan diinginkan, ia tidak dapat lari daripada keperluan sesetengah mata pelajaran dan kursus yang bukan sahaja mendukung, tetapi ikut memperliha­t identiti negara, khususnya jati diri budaya rakyat dan negara ini, selain mendidik nilai murni tertentu”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pada dasarnya sistem pendidikan negara sudah mantap dan mampu melahirkan generasi berilmu.
[FOTO HIASAN] Pada dasarnya sistem pendidikan negara sudah mantap dan mampu melahirkan generasi berilmu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia