Berita Harian

Biar ahli akar umbi pilih pemimpin tanpa sekatan

-

Kuala Lumpur: Pelbagai pihak berpandang­an kepemimpin­an UMNO perlu berani membuka ruang supaya semua jawatan dipertandi­ngkan, jika benar-benar mahu parti orang Melayu itu kekal relevan.

Di Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, menyokong kenyataan Ketua Pemua UMNO, Khairy Jamaluddin, yang mahu semua jawatan dalam parti dipertandi­ngkan pada pemilihan akan datang.

Malah, Mohamad yakin ramai ahli UMNO mahu supaya semua jawatan itu dibuka untuk dipertandi­ngkan.

“Saya secara peribadi dan mewakili majoriti ahli UMNO mahukan semua jawatan dalam pemilihan dipertandi­ngkan.

“UMNO memerlukan tenaga dan

Seremban,

pimpinan baharu. Biarlah ahli akar umbi membuat keputusan tanpa sekatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohamad diminta mengulas kenyataan Khairy yang menolak cadangan tidak mempertand­ingkan jawatan tertentu pada pemilihan akan datang.

Di Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata UMNO perlu mengetepik­an sentimen menjaga hati pemimpin tertentu dan membuka seluas-luasnya semua jawatan dalam parti untuk dipertandi­ngkan.

“Ahli perlu berani membuat perubahan demi membina kembali parti sudah berusia 72 tahun ini.

“UMNO perlu memulakan proses pemulihan dengan meletakkan pemimpin yang betul di tempat

Alor Setar,

sepatutnya.

“Faktor kekalahan pada PRU-14 lalu adalah kerana rakyat melihat UMNO sebagai feudal dan tidak dinamik,” katanya.

Ketua Bahagian perlu berjiwa besar

Katanya, Ketua UMNO Bahagian yang sudah terlalu lama memegang jawatan juga perlu berjiwa besar untuk memberi laluan kepada muka baharu.

Beliau berkata, UMNO perlu nampak segar dan relevan pada setiap ketika serta pada masa sama memberi isyarat positif kepada rakyat menjelang pilihan raya umum berikutnya.

Di Pemuda UMNO bahagian itu melihat kekangan mempertand­ingkan jawatan tertentu sebagai tidak relevan

Kangar,

dan ketinggala­n.

Ketuanya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang, Hamizan Hassan, berkata jika jawatan tertentu tidak dipertandi­ngkan, ia menunjukka­n UMNO dikuasai individu tertentu dan tidak adil pada ahlinya.

“Sebelum parti ingin mengubah negara, UMNO sendiri perlu berubah terlebih dulu supaya relevan di mata rakyat untuk kembali memerintah.

“Dalam keadaan sekarang, saya secara peribadi tidak setuju sekiranya jawatan tertentu seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden tidak dipertandi­ngkan,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, katanya, suara akar umbi seakan tidak didengari, sekali gus menyukarka­n proses pembaharua­n UMNO dilaksanak­an.

 ??  ?? Mohamad Hasan
Mohamad Hasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia