Berita Harian

‘Cah keting’ punca kejatuhan UMNO Terengganu

-

Kuala Berang: “Malang apabila ada calon berkualiti ‘dibunuh’ pimpinan tertinggi kerana bimbang menjadi pemimpin utama negeri,” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib.

Beliau berkata, budaya berkempen ‘selipar sebelah kasut sebelah’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu turut memperliha­tkan kerapuhan jentera UMNO-BN Hulu Terengganu, selain menonjolka­n sikap ‘cah keting’ masih berleluasa dalam kalangan kepimpinan dan ahli parti.

“Tujuan mereka buat begitu untuk memudahkan mereka merebut jawatan dalam UMNO bahagian selepas PRU-14.

“Ahli yang berkeboleh­an dan mempunyai lulusan yang baik terhalang dalam pertanding­an di peringkat bahagian kerana dibimbangi akan dipilih menjadi wakil rakyat atau ketua bahagian.

“Tokoh yang berwibawa dan mempunyai keilmuan tinggi pula sangat dicurigai kepimpinan tertinggi kerana bimbang mereka ini disanjungi rakyat dan usaha mensabotaj mula dilakukan,” katanya kepada NSTP, semalam.

Pada PRU-14, Ghazali tewas hanya empat undi apabila memperoleh 8,128 undi berbanding calon PAS, Maliaman Kassim (8,132 undi), manakala calon PKR Zamani Mamat hanya mendapat 679 undi.

Masalah makin berleluasa

Menurut Ghazali, masalah itu menjadi semakin berleluasa di seluruh negara sehinggala­h BN kalah mengejut, namun di Terengganu, khususnya Hulu Terengganu, kes seperti itu dapat dilihat dengan dengan jelas.

“Sifat buruk pemimpin dilihat menyeluruh maka sebab itu tidak hairan parti bermasalah dan tumbang pada PRU-14 dan jika dilihat PAS dan Pakatan Harapan (PH) pula tampilkan tokoh yang berwibawa, berkarisma dan golongan teknokrat selain mempunyai kelulusan tinggi.

“PAS dan PH juga mempunyai semangat berpasukan, setia kawan yang sangat tinggi dan tidak ada perbuatan sabotaj sesama sendiri dan mereka berkempen bersama antara calon DUN dan Parlimen.

“BN pula tiada muafakat antara calon DUN dan Parlimen yang mengamalka­n konsep kempen selipar sebelah kasut sebelah namun ada di sesetengah kawasan ADUN BN yang mempengaru­hi pengundi supaya tidak menyokong rakan-rakan lain walaupun membawa satu matlamat iaitu BN,” katanya.

 ??  ?? Ghazali Taib
Ghazali Taib

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia