Berita Harian

Sultan Ibrahim beri nama spesies baharu semut Echinopla

-

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menamakan spesies semut Echinopla baharu yang ditemui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Echinopla Tunku-abduljalil­ii.

Ketua Pusat Pemelihara­an dan Penggunaan Mapan Sumber-sumber Semula Jadi (COR-SUNR), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi UTHM, Prof Datin Dr Maryati Mohamed berkata spesies baharu daripada jenis kumpulan Echinopla itu dikutip daripada tumbuhan renek di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang dekat Labis, Mei tahun lalu.

Spesies ke-16

“Ada 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia dan spesies baharu ini adalah spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi ditemui di Kota Tinggi.

“Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla baharu ini tidak mempunyai bulu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Maryati berkata, bagi menghargai kejayaan pertama COR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu, Canselor UTHM iaitu Sultan Ibrahim telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan.

“Atas perkenan penamaan spesies ini, Internatio­nal Code of Zoological Nomenclatu­re (IZCN) iaitu badan antarabang­sa yang menguruska­n penamaan spesies baharu, akan mengeluark­an satu kenyataan pengesahan, sekali gus rasmilah nama Echinopla Tunku-abduljalil­ii ini,” katanya.

Nama baharu kekal

Maryati berkata, nama spesies baharu itu akan kekal dan hanya hilang sekiranya mengalami kepupusan.

Beliau berkata, sebelum ini ada penamaan spesies berkaitan keluarga diraja iaitu Rafflesia Tengku-adlinii yang pernah ditemui di Sabah.

Sehingga kini, terdapat 16,000 spesies semut yang dinamakan secara saintifik dan kira-kira 33 spesies dalam kumpulan jenis Echinopla di Australia, Filipina, Papua New Guinea, Indonesia, India dan Malaysia.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Sultan Ibrahim menamakan spesies semut Echinopla baharu yang ditemui UTHM sebagai 'Echinopla Tunku-abduljalil­ii'.
[FOTO BERNAMA] Sultan Ibrahim menamakan spesies semut Echinopla baharu yang ditemui UTHM sebagai 'Echinopla Tunku-abduljalil­ii'.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia