Berita Harian

MCA pertikai Majlis Penasihat Kerajaan

-

Kuala Lumpur: MCA mempertika­ikan fungsi Majlis Penasihat Kerajaan kerana dianggap samar dari segi kuasa, kesahihan dan perlembaga­an.

Jurucakap MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu memberi penerangan dengan jelas kepada rakyat berhubung penubuhan majlis itu.

“Walaupun penubuhan majlis ini berfungsi sebagai penasihat kepada kerajaan dan dianggotai individu terkenal, adakah majlis ini hanya akan membantu kerajaan PH merealisas­ikan janji 100 hari mereka?

“Apa yang lebih membimbang­kan ialah isu di sebalik penubuhan majlis itu dari segi perlembaga­an, kesahihan dan kuasa perlu diterangka­n dengan lebih lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Lian Ker berkata, kerajaan juga perlu menjelaska­n sama ada majlis itu berfungsi seperti Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang berperanan menentukan dasar negara melangkaui anggota kerajaan.

“Adakah kita membina platform atas nama majlis politik untuk mengambil alih atau merampas kuasa daripada Kabinet atau institusi yang digariskan oleh Perlembaga­an Persekutua­n?

“Anggota Kabinet perlu menjawab kepada rakyat jika ada kesilapan lebih-lebih lagi ketika pilihan raya tetapi Majlis Penasihat Kerajaan ini perlu menjawab kepada siapa?” soalnya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengumumka­n pelantikan lima pakar bagi menganggot­ai Majlis Penasihat Kerajaan yang berperanan menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan ketika proses peralihan kuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia