Berita Harian

Program diteruskan demi lindungi hak isteri, anak

Kerajaan negeri mahu pastikan masa depan keluarga pihak terbabit tak terjejes

- Oleh Petah Wazzan Iskandar

Program Pemutihan Nikah Rentas Sempadan: Mai Daftar Nikah 2018 masih diteruskan dalam usaha melindungi hak isteri dan anak supaya masa depan keluarga dan pendidikan mereka tidak terjejas.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAINK), Datuk Abdul Rahman Ismail, memantau sendiri perjalanan program terbabit yang dianjurkan selama enam bulan bermula April lalu.

Pihaknya komited mahu membantu mereka yang sudah lama berkahwin tetapi gagal mendaftar dan menyelesai­kan masalah Anak Tidak Sah Taraf (ATST).

“Kita mahu memastikan semua pemohon yang berkahwin di luar negara menepati syarak supaya tidak timbul masalah kemudian dan kita akan permudahka­n urusan pemohon terbabit.

“Program masih diteruskan dan JHEAINK menerima hampir 200 permohonan melalui 12 Pejabat Agama Daerah sekitar negeri ini sejak 1 April lalu.

Yakin MB beri sokongan

“Kita yakin Menteri Besar yang baharu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, akan memberi sokongan penuh bagi memastikan objektifny­a tercapai walaupun program dimulakan kerajaan terdahulu,” katanya yang ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Mengenai bilangan permohonan direkodkan, Abdul Rahman berkata, program terbahagi dua iaitu monogami dan poligami yang membolehka­n Pengarah JHEAINK JHEAINK melakukan kajian secara sistematik.

146 permohonan direkod bulan pertama

Katanya, sebanyak 146 permohonan direkodkan bagi bulan pertama penganjura­n program terbabit dengan poligami sebanyak 59 pasangan dan monogami 87 pasangan.

“Jumlah terbabit meningkat pada Mei dengan kita merekodkan 49 permohonan, membabitka­n 33 pasangan kes poligami dan 25 pasangan monogami.

“Semua permohonan pasangan terbabit diteliti oleh JHEAINK untuk dokumentas­i sebelum diserahkan kepada pihak mahkamah syariah bagi menjatuhka­n hukuman.

“Ia juga membenarka­n pendaftara­n perkahwina­n pemohon yang membabitka­n proses keseluruha­n memakan masa 100 hari,” katanya.

Mac lalu, kerajaan negeri memutuskan denda menerusi ‘Program Pemutihan Nikah Rentas Sempadan: Mai Daftar Nikah 2018’ sebanyak RM300 bermula 1 April.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia