Berita Harian

Rugi RM22,000 diperdaya peniaga dalam laman sosial

Suspek licik tipu mangsa ‘beli’ Perodua Axia

- Oleh Zarina Abdullah

Seorang lelaki kerugian RM22,000 akibat ditipu dalam urus niaga pembelian kereta terpakai menerusi laman sosial, minggu lalu.

Mangsa berusia 31 tahun itu dikatakan melayari laman sosial terbabit dan ternampak iklan yang menawarkan sebuah kereta terpakai jenis Perodua Axia pada harga RM22,000, 9 Mei lalu.

Sumber berkata, teruja dengan harga yang ditawarkan, mangsa menghubung­i penjual terbabit dan menyatakan persetujua­n untuk membeli kenderaan itu.

Minta mangsa bayar deposit

“Penjual itu kemudian meminta mangsa membayar deposit RM1,000 dan mangsa menjelaska­n bayaran itu pada jam 12.27 tengah hari, hari sama.

“Mangsa kemudian menghubung­i penjual itu pada 10 Mei bagi meminta maklumat dan bertanyaka­n proses seterusnya.

“Penjual itu kemudian mengirimka­n gambar resit pembayaran deposit, kononnya sebagai upah kepada syarikat penghantar­an yang akan menghantar kereta itu.

“Penjual itu juga berpesan meminta mangsa membawa kereta itu ke Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) sebaik kenderaan itu tiba.

“Selepas yakin mangsa termakan ‘umpan’, penjual itu meminta mangsa memasukkan RM1,000 ke dalam akaun bank sama sebagai tambahan kos penghantar­an dan kemudian menjelaska­n baki bayaran RM20,000, sejurus penukaran hak milik dilakukan,” katanya.

Bagaimanap­un, sumber berkata, penjual itu menghilang­kan diri sebaik bayaran dijelaskan.

Syarikat dakwa urus niaga tak pernah berlaku

Mangsa juga menghubung­i syarikat penghantar­an yang didakwa penjual, namun diberitahu urus niaga terbabit tidak pernah berlaku.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superinten­dan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan kejadian itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia