Berita Harian

Pemandu ditemui maut dalam teksi

-

Subang Jaya: Seorang pemandu maut apabila terperangk­ap di dalam teksi yang terbakar di sebuah pusat beli-belah di USJ 1, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.58 pagi itu mangsa, Tan Chee Kiong, 44, ditemui meninggal dunia dalam kenderaan berkenaan oleh orang awam yang kemudian menghubung­i bomba.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Jaafar Abdullah berkata, satu jentera bersama 11 anggota digerakkan ke lokasi selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Siasat punca kebakaran

“Ketika tiba di lokasi kerja memadamkan api terus dilakukan dan berjaya dikawal sepenuhnya dalam masa kira-kira 10 minit.

“Pemeriksaa­n di dalam kenderaan itu menemui seorang lelaki dipercayai sudah meninggal dunia,” katanya di sini, semalam.

Katanya, teksi mangsa terbakar kira-kira 80 peratus dan punca kebakaran masih dalam siasatan lanjut.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut selepas disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia