Berita Harian

Empayar serunding bertahan 75 tahun

Terima tempahan berlipat kali ganda setiap kali Ramadan, Aidilfitri

- Oleh Syaherah Mustafa

Bermula awal Ramadan lagi, serunding daging yang diusahakan usahawan muda, Suziana Mat, 26, mendapat permintaan tinggi sehingga perlu menyiapkan 50 kilogram hidangan itu sehari.

Suziana yang juga generasi keempat meneruskan empayar serunding milik keluarga sejak lebih 75 tahun lalu itu mengakui menerima tempahan berlipat kali ganda setiap kali bulan puasa dan Aidilfitri tiba.

Beliau yang juga Pengurus Salma Serunding menghasilk­an pelbagai jenis serunding menggunaka­n daging, ayam dan ikan hasil resipi ibunya, Salma Yunus, 65, dengan mengamalka­n resipi turun-temurun nenek moyang mereka.

Suziana berkata, serunding miliknya itu bukan saja menerima tempahan dari seluruh Malaysia malahan hingga ke luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Arab Saudi.

“Pada hari biasa, kami menghasilk­an serunding tiga kali seminggu tetapi untuk Ramadan dan menjelang hari raya, permintaan­nya lebih tinggi menyebabka­n proses penghasila­nnya perlu dilakukan setiap hari.

Boleh tahan sehingga 6 bulan

“Serunding kami mempunyai keistimewa­an tersendiri, bukan saja kerana rasa yang sedap tetapi mampu bertahan lama sehingga lebih enam bulan.

“Malah ada antara pelanggan yang memberitah­u serunding yang dibeli mereka masih boleh dimakan walaupun lebih dari setahun,” katanya ketika ditemui di kedai miliknya di Jalan Kubur Maras, Kampung Langgar, di sini.

Suziana yang juga anak bongsu daripada 10 beradik berkata, pemprosesa­n serunding dulu dan kini tetap sama, bezanya hanya pada kuantiti serunding yang dihasilkan.

“Proses penghasila­n serunding mengambil masa sehingga lapan jam yang mana masa membuatnya tetap sama dari dulu sehingga kini, walaupun kami sudah menggunaka­n teknologi dengan membeli mesin,” katanya.

Beliau berkata, serunding di kedainya dijual pada harga RM34 sehingga RM62 mengikut pada jenis serunding dan beratnya.

“Ramai pelanggan yang akan datang terus ke kedai untuk membeli, namun kami juga menawarkan khidmat pos untuk pelanggan yang jauh luar dari Kelantan.

“Serunding ini mendapat permintaan tinggi sepanjang Ramadan kerana ia boleh dijadikan lauk ketika berbuka dan sahur, selain untuk membuat kuih popia dan ketupat ketika hari raya,” katanya yang turut dibantu oleh lapan pekerja yang juga sanak saudara terdekat.

Di negeri ini, Jalan Kubur Maras antara lokasi terkenal dengan jualan serunding yang mana di sepanjang jalan lebih daripada satu kilometer itu, ada lebih 10 kedai menjual serunding.

 ?? [FOTO SYAHERAH MUSTAFA/BH] ?? Suziana menunjukka­n antara serunding yang dijual di kedainya di Jalan Kubur Maras, Kampung Langgar, Kota Bharu.
[FOTO SYAHERAH MUSTAFA/BH] Suziana menunjukka­n antara serunding yang dijual di kedainya di Jalan Kubur Maras, Kampung Langgar, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia