Berita Harian

Kerajaan ada ruang laksana perubahan

Langkah fiskal baharu terus pacu ekonomi

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Ekonomi Malaysia yang kukuh menyediaka­n ruang kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat perubahan dasar bagi memantapka­n kedudukan kewangan negara.

Ia, khususnya berikutan harga minyak dunia yang tinggi pada masa ini membolehka­n kerajaan melaksanak­an pelbagai pembaharua­n berbanding dasar yang dilaksanak­an oleh pentadbira­n terdahulu.

Bajet Kerajaan Persekutua­n pada tahun ini dirangka bersandark­an harga minyak dunia pada paras AS$52 satu tong.

KDNK kukuh

Pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini yang kukuh juga menyediaka­n penampan dalam berdepan tempoh tidak menentu ketika ini.

Pengarah Penarafan Hutang Kerajaan S&P Global Ratings, Andrew Wood, berkata pada tahun lalu ekonomi Malaysia berkembang 5.9 peratus dan pada suku pertama 2018, ia berkembang 5.4 peratus.

Beliau berkata, penggunaan swasta negara ini kukuh dan ia dijangka akan terus dipacu oleh langkah fiskal baharu.

Katanya, harga komoditi yang tinggi ketika ini juga akan menyediaka­n ruang dalam menampung pendapatan susulan langkah mengembali­kan semula subsidi bahan api dan memperkena­lkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

“Buat masa ini, pendapatan kerajaan akan ditampung oleh harga minyak yang tinggi. Harga minyak yang berlegar di atas paras AS$70 satu tong akan meningkatk­an pendapatan kerajaan Malaysia sebanyak RM5 bilion hingga 10 bilion,” katanya pada sesi

susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Mengenai sama ada S&P Global akan menyemak semula penarafan hutang Malaysia, Wood berkata, pihaknya akan berbuat demikian selepas menilai langkah yang akan dilaksanak­an kerajaan baharu.

Tekanan kepada defisit fiskal

Beliau berkata, langkah mengembali­kan semula subsidi dan memperkena­lkan SST dilihat akan memberi tekanan kepada defisit fiskal negara ini dalam tempoh terdekat dan juga keseluruha­n 2018.

Katanya, langkah itu juga akan mengurangk­an pendapatan negara ini jika ia tidak diimbangi oleh langkah lain yang dapat meningkatk­an pendapatan.

“Situasi masih lagi tidak menentu, kami akan terus memantau dan menilai perkembang­an bagi melihat kesannya terhadap penarafan,” katanya.

 ??  ?? S&P Global Analysts Webcast on Malaysia
S&P Global Analysts Webcast on Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia