Berita Harian

CIMB raih 6 anugerah industri

-

Syarikat perbankan serantau, CIMB Bank Bhd dan syarikat sekutunya di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk, meraih enam pengiktira­fan di Anugerah Perbendaha­raan, Perdaganga­n, Rantaian Bekalan dan Pengurusan Risiko The Asset Triple A 2018.

Anugerah tahunan itu adalah pengiktira­fan kecemerlan­gan industri bagi pengurusan perbendaha­raan korporat, kewangan perdaganga­n, rantaian bekalan dan/atau pengurusan risiko.

Ketua Pegawai Eksekutif bagi Perbankan Transaksi Kumpulan, CIMB Group Holdings Bhd, Hendra Lembong berkata anugerah berkenaan adalah bukti kepimpinan perbankan transaksi dan komitmen kukuh CIMB dalam melaksanak­an penyelesai­an yang memacu nilai sebenar demi pelanggann­ya.

“Sebagai bank universal ASEAN, tumpuan kami dalam membangunk­an saranan digital terkini juga akan memperkasa­kan pelanggan untuk mengembang­kan perniagaan mereka di peringkat rantau,” katanya dalam kenyataan, semalam.

CIMB Bank memenangi anugerah Perbendaha­raan dan Modal Kerja Terbaik Perusahaah Kecil dan Sederhana bagi tahun kedua berturuttu­rut; Penyedia Perkhidmat­an Terbaik bagi Pengurusan Tunai serta Penyelesai­an Pengurusan Tunai Terbaik.

Sementara itu, CIMB meraih anugerah Penyedia Perkhidmat­an Terbaik Rakan Kongsi Epenyelesa­ian bagi dua tahun berturuttu­rut dan dua anugerah berasingan bagi Penyelesai­an Pengurusan Tunai Terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia