Berita Harian

MAHB sasar peningkata­n 5 peratus

Yakin jualan lebih kukuh dicatatkan syarikat konsesi, peruncit

- Oleh Ayisy Yusof

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yakin akan meningkatk­an sumbangan pendapatan bukan aeronautik kepada kumpulan sebanyak lima peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali, berkata pada masa ini, segmen aeronautik dan bukan aeronautik menyumbang kira-kira 50 peratus kepada pendapatan kumpulan.

“Kami menetapkan sasaran untuk meningkatk­an pendapatan bukan aeronautik kepada 55 peratus daripada pendapatan kumpulan, yang selari dengan perkembang­an lapangan terbang untuk menjadikan­nya lebih cekap dan meningkatk­an perkhidmat­an pelanggan,” katanya kepada NSTP di Sepang, baru-baru ini.

Naik taraf perniagaan komersial runcit

Pendapatan bukan aeronautik MAHB sepanjang 2017 meningkat 10.5 peratus kepada RM531.1 juta didorong oleh jualan lebih kukuh yang dicatatkan oleh syarikat konsesi dan peruncit.

Segmen bukan aeronautik adalah termasuk cawangan bebas cukai dan bukan bebas cukai, kedai makanan dan minuman di lapangan terbang yang khusus di Malaysia, operasi hotel, pertanian dan hortikultu­r dan lainlain pegangan pelaburan.

Badlisham berkata, pihaknya akan turut menaik taraf perniagaan komersial runcit di semua rangkaian lapangan terbang bermula dari Langkawi sehingga ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurutnya, langkah itu penting kerana keutamaan penumpang kini berubah kepada konsep memperuntu­kkan masa di cawangan peruncit lapangan terbang yang mana mereka kini mahu lebih banyak pengalaman beli-belah dan persekitar­an serta jenama berbeza.

“Kami mahu memperbaik­inya supaya kami dapat menyediaka­n perkhidmat­an pelanggan yang lebih baik dan seterusnya kepada penumpang kami,” katanya. industri perkhidmat­an pemasaran pelbagai Malaysia.

Ketua Komersial Airasia, Spencer Lee, berkata syarikat berbangga memenangi 11 anugerah tahun ini dan menjadi antara jenama paling banyak menerima anugerah, selain diiktiraf sebagai yang terbaik dalam kategori digital, sejajar dengan komitmenny­a ke arah menjadi syarikat penerbanga­n digital.

“Ia juga satu penghargaa­n untuk mempunyai 14 penyertaan disenarai pendek dalam kalangan jenama besar lain dan memenangi hampir semua kategori adalah bukti kepada kedudukan jenama kami, pasukan yang amat berbakat, selain rakan seperti Dentsu X (Malaysia) serta We Are Kix,” katanya.

Maksimumka­n aset sedia ada

Sementara itu, MAHB bercadang memaksimum­kan aset sedia adanya iaitu tanah di sekitar rangkaian lapangan terbang bagi pembanguna­n masa depan seperti KLIA Aeropolis.

Menurutnya, satu lagi kawasan seluas 40.46 hektar sedang dilihat sebagai taman perniagaan MAHB di KLIA untuk tempoh jangka pendek tertakluk kepada hasil kajian menjelang akhir tahun ini.

“Pada tahun depan, kami akan mengumumka­n Taman Perniagaan di KLIA bagi menarik pelaburan yang sama seperti lapangan terbang di Subang.

“Untuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang pula, kami merancang bukan saja untuk menambah ruang tempat letak kereta malah meninjau bangunan hotel dan cawangan premium luaran berpotensi di luar lapangan terbang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia