Berita Harian

Fonterra komited kukuh jenama halal

Rancang eksport produk ke Asia Barat

- Oleh Alzahrin Alias

Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd komited terus memperkasa­kan produk berasaskan tenusunya menjadi jenama unggul dalam platform penjenamaa­n halal.

Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Ketua Jawatankua­sa Halalnya, Manisya Ismail, berkata Fonterra menjadi satu-satunya pengeluar produk berasaskan tenusu yang mementingk­an setiap produk keluaranny­a adalah halal.

Manisya berkata, produknya bukan saja diperakui halal ketika dalam proses pembuatan di Malaysia tetapi turut menitikber­atkan faktor halal ini bermula dari awal.

Beliau berkata, produk tenusu Fonterra adalah datang dari ladangnya di New Zealand dan setiap proses pengeluara­n susu lembu di sana sehinggala­h diproses sebelum dihantar ke negara lain, dikawal selia New Zealand Islamic Developmen­t Trust (NZIDT) yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Ini membuktika­n Fonterra komited dalam memastikan setiap produk kami adalah halal bermula dari proses awal hinggalah ke akhir.

Potensi besar pasaran dunia

“Ini kerana halal industri mempunyai potensi besar dalam pasaran dunia dan dianggarka­n pasaran halal global kini hampir AS$3 trilion. Industri itu dijangkaka­n bakal berkembang kepada AS$8 trilion menjelang 2030, disokong oleh pertambaha­n populasi Muslim dan peningkata­n kuasa membeli pengguna Muslim.

“Ketika ini saja, populasi Muslim dunia adalah sebanyak 2 bilion orang, dan ia tidak termasuk dengan permintaan yang tinggi untuk produk halal ini daripada bukan Muslim. Dalam konteks Malaysia pula, sasaran yang dikeluarka­n daripada JAKIM adalah RM15 bilion pasaran halal pada 2020,” katanya dalam temu bual bersama NSTP, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Manisya berkata, Fonterra Malaysia menjadi negara pengeluar yang mempunyai sijil halal di setiap produk keluaranny­a.

Beliau berkata, Fonterra Malaysia juga menjadi hab perniagaan global Asia kepada 13 negara dan tidak menolak perancanga­n mengekspor­t produknya ke negara Asia Barat.

Katanya, konteks halal yang diterapkan pihaknya bukan saja kepada produk itu semata-mata tetapi turut merangkumi faktor kebersihan, kecekapan dan kualiti.

“Lantaran itu semua kakitangan Fonterra Malaysia juga diwajibkan untuk mengikuti kursus halal dan mereka juga perlu mempraktis­kan soal halal ini di tempat kerja.

“Fonterra juga sentiasa memastikan status halal itu sentiasa terjamin, lantaran itu Fonterra memperuntu­kkan RM250 juta setahun dalam penyelidik­an dan pembanguna­n,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] ?? Manisya menujukkan buku polisi halal dan produk halal Fonterra di Fonterra Brands Malaysia, Shah Alam, baru-baru ini.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] Manisya menujukkan buku polisi halal dan produk halal Fonterra di Fonterra Brands Malaysia, Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia