Berita Harian

Watsons sasar jualan 5,000 botol Chewies

-

Watsons menyasarka­n jualan sekurangku­rangnya 5,000 botol produk Chewies sepanjang kempen Beli Satu Derma Satu Chewies berlangsun­g.

Watsons jalin kerjasama dengan AJ Research and Pharma (AJRP) bagi menjayakan kempen Beli Satu Derma Satu Chewies yang bermula 15 Mei lalu hingga 28 Jun depan.

Pengurus Perdaganga­n Kanannya, KC Liew, berkata sepanjang bulan Ramadan ini juga pihaknya yakin kempen ‘Beli Satu Derma Satu Chewies’ ini akan mendapat sambutan.

Beliau berkata, Chewies adalah jenama suplemen kanak-kanak yang dipercayai dan sudah berada di pasaran sejak 50 tahun lalu.

“Kami menjangkak­an lebih banyak Chewies akan terjual kerana ini adalah peluang baik yang perlu direbut oleh pelanggan Watsons untuk menyumbang kepada rumah kebajikan memerlukan sambil berbelanja.

Cawangan baharu setiap bulan

“Malah, harga produk Chewies yang mampu milik juga akan menjadi penyumbang kepada jualannya sepanjang kempen berlangsun­g,” katanya selepas pelancaran kempen Beli Satu Derma Satu Chewies di Petaling Jaya, barubaru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif AJRP, Javed Ghulam Muhammad.

Liew berkata, kempen ini berlangsun­g di 470 rangkaian Watsons di seluruh Malaysia.

Beliau berkata Watsons sentiasa mencari peluang untuk memperluas­kan rangkaian dan membuka cawangan baharu setiap bulan di lokasi terpilih.

Sementara itu, Javed berkata, pihaknya akan mendermaka­n sebotol Chewies bagi setiap botol Chewies terjual di rangkaian Watsons ke 30 rumah anak yatim seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia