Berita Harian

Nutric mahu teroka pasaran Singapura

-

Nutric Group, syarikat jualan langsung global yang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan regenerati­f, bercadang meneroka semula secara agresif pasaran Singapura mulai tahun ini.

Syarikat yang berpangkal­an di Malaysia itu setakat ini sudah mewujudkan pejabat di Bangladesh, China, Indonesia, Filipina dan Thailand.

“Kami akan meninjau semula Singapura. Kami sudah berada di sini pada awal 2002. Pasaran Singapura adalah penting untuk kami kerana ia dikenali sebagai negara paling mesra untuk produk halal,” kata Ketua Bahagian Halal Nutric, Norbakti Alias.

Rangkaian produk penjagaan kesihatan regenerati­f Nutric - Revolutic, Vitanetic dan Skinetique adalah halal dan mesra alam sekitar kerana ia menjadi sebahagian tanggungja­wab korporat syarikat,

Menyasarka­n untuk mendaftark­an keahlian di republik ini, Nutric berkembang dengan cepat sejak ia ditubuhkan pada 2001 dengan kadar pertumbuha­n tahunan sebanyak 15 peratus sejak 15 tahun lalu.

“Kami sedang melihat lebih daripada itu dan sentiasa fokus terhadap kualiti dan kelestaria­n. Ia adalah penting bagi kelangsung­an kami untuk jangka panjang,” kata Norbakti.

Yang turut hadir, Pengarah yang juga seorang daripada Pengasas Kumpulan Nutric, Joseph Thong

Berharap untuk mendapat jumlah keahlian yang mampan, Nutric yakin pasaran penjagaan kesihatan regenerati­f menjanjika­n pertumbuha­n kukuh.

“Di peringkat global, penjagaan regenerati­f menawarkan potensi yang luas. Begitu juga di Asia,” kata Thong.

7.5 peratus pertumbuha­n

Memetik Kajian Pasaran Zion, pasaran antipenuaa­n global dijangka mencecah AS$216.5 bilion menjelang 2021 dengan kadar pertumbuha­n tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 7.5 peratus berbanding 2016.

Nutric sentiasa menggambar­kan ia sebagai ‘harta karun’ kerana masih belum mengeksplo­itasi sepenuhnya potensinya.

Segmennya yang paling kukuh iaitu produk antipenuaa­n, mendapat tempat dalam kalangan golongan berumur, justeru, Nutric mempunyai peluang untuk menarik segmen golongan yang lebih muda pada masa hadapan.

Selain produk yang halal dan mesra alam sekitar, Nutric adalah penyedia penjagaan kesihatan regenerati­f dengan memberi tumpuan kepada sains holistik yang progresif.

Produknya unik kerana ia memberi tumpuan kepada kaedah regenerati­f - bukannya pemulihan, pemakanan atau peningkata­n.

Ia mengambil kira pemakanan kuratif pendekatan holistik terhadap penjagaan kesihatan, yang menyediaka­n penjagaan regenerati­f dan mencari penyelesai­an terhadap akar permasalah­an.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Norbakti (kanan) Thong yakin pasaran produk penjagaan kesihatan regenerati­f menjanjika­n pertumbuha­n kukuh.
[FOTO BERNAMA] Norbakti (kanan) Thong yakin pasaran produk penjagaan kesihatan regenerati­f menjanjika­n pertumbuha­n kukuh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia