Berita Harian

PNB julung kali taja seminar BH

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Buat julung kalinya, Permodalan Nasional Bhd (PNB) bekerjasam­a dengan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) menganjurk­an Klinik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) BH Didik dan Seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) BH Skor tahun ini.

Program selama dua hari itu bertujuan mendedahka­n peserta dengan teknik dan panduan berkesan menjawab soalan peperiksaa­n secara menyeluruh oleh penceramah berpengala­man luas serta berkepakar­an tinggi dalam subjek masingmasi­ng.

Seminar tajaan PNB itu dianjurkan bersempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2018 bertempat di Stadium Batu Pahat di sini, barubaru ini.

Tarik minat peserta

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mariam, Batu Pahat, Batrisya Abu Bakar, berkata selingan lawak jenaka yang digunakan penceramah menarik minatnya dan rakanrakan untuk fokus mengikuti seminar berkenaan.

Anak ketiga daripada empat beradik yang bercitacit­a menjadi atlet bola baling tersohor itu berkata, pesanan keduadua ibu bapanya yang mahu dia memperoleh keputusan 6A sentiasa tersemat dalam diri.

“Walaupun minat mendalam terhadap aktiviti sukan dan kokurikulu­m, fokus terhadap akademik tetap menjadi keutamaan sekali gus memenuhi komponen dalam Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR).

Katanya, walaupun aktif dengan aktiviti luar bilik darjah, namun fokus terhadap akademik sentiasa menjadi keutamaann­ya.

Sementara itu, murid Tahun Enam SK Bukit Soga, Mohd Shabell Mohd Esa, berkata dia turut melakukan persediaan awal dengan kerap membuat latihan ulangkaji di rumah serta kerap bertanya guru mengenai topik subjek yang sukar.

 ??  ?? Penolong Naib Presiden Jabatan Pemasaran dan Literasi Kewangan ASNB, Izmir Mohamad (tengah) bersamasam­a peserta Seminar BH Didik 2018 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB), di Stadium Batu Pahat.
Penolong Naib Presiden Jabatan Pemasaran dan Literasi Kewangan ASNB, Izmir Mohamad (tengah) bersamasam­a peserta Seminar BH Didik 2018 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB), di Stadium Batu Pahat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia