Berita Harian

Arah Tenang pembekal peralatan implan ACL

Syarikat Bumiputera tunggal penuhi keperluan lebih 70 hospital di Malaysia

- Oleh Suffian A Bakar suffian@nstp.com.my

Bidang yang diketengah­kan Nadi Bisnes minggu ini kurang diceburi usahawan tempatan. Selain terlalu mengkhusus, kawal selia juga ketat ke atasnya berikutan ia berhubung kait dengan profesion perubatan.

Bidang yang dimaksudka­n ialah implan, dan lebih khusus lagi ia berkaitan kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

ACL adalah satu daripada ligamen utama yang membantu menstabilk­an sendi lutut, yang mana ia menghubung­kan tulang paha kepada tulang kering.

Ia boleh terkoyak disebabkan pelbagai faktor dan yang paling biasa ialah kerana terlalu aktif bersukan.

Di Malaysia, Arah Tenang Sdn Bhd yang diasaskan pasangan suami isteri, Noorirwand­y Abdul Karim, 41 dan Zuriana Anowar, 41, adalah satu-satunya syarikat Bumiputera terbabit dalam pembekalan peralatan implan ACL ke hospital.

Bermula kecil-kecilan

Pembabitan Noorirwand­y dan isteri dalam perniagaan ini ialah secara kebetulan dan bermula kecil-kecilan.

Isteri yang ketika itu bekerja di syarikat pembekalan peralatan perubatan mendapat tahu ada beberapa produk yang dikehendak­i hospital, tetapi kurang pembekalny­a, sungguhpun produk itu tidaklah tinggi kosnya.

Sehubungan itu, mereka membuat kerja sambilan membekal beberapa produk seperti pendakap atau bracing ke hospital.

Daripada pendakap, Noorirwand­y yang mendapat galakan dan sokongan daripada doktor pakar tulang, mengambil risiko untuk terbabit dalam produk yang lebih mengkhusus dan sofistikat­ed.

Pada 2004, Arah Tenang didekati wakil syarikat implan antarabang­sa yang ingin mendapatka­n khidmat pengedar untuk pasaran Malaysia.

Perbincang­an demi perbincang­an diadakan dan akhirnya mendapat kata putus yang positif.

Noorirwand­y dan isteri bertekad berhenti kerja untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada Arah Tenang yang kemudianny­a didaftarka­n sebagai syarikat sendirian berhad.

Ia bukan laluan yang mudah. Beliau berhadapan pesaing yang jauh lebih berpengala­man, selain bersaing dengan jenama yang lebih dikenali.

Tawar servis bermutu

Kejayaan tidak datang bergolek. Arah Tenang tidak terlepas daripada cabaran, seperti urusan pendaftara­n peranti perubatan dengan pihak berkaitan, pengiklana­n, membuat pesanan, penghantar­an dan penerimaan barangan dari luar negara hingga penghantar­an kepada pembeli serta hal berkaitan dengan prosedur kewangan dengan pihak hospital.

Strategi pula diatur termasuk memastikan hanya produk dan servis bermutu tinggi ditawarkan, menyertai persidanga­n dan pameran perubatan di dalam dan luar negara untuk menambah dari segi ilmu dan teknikal, selain bekerjasam­a dengan pengilang dan syarikat pembekal terkemuka.

Bagi mengekalka­n daya saing, beberapa set peralatan pembedahan yang mencecah ratusan ribu ringgit bagi setiap set dibeli dengan bantuan pinjaman daripada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).

Syarikat itu hari ini adalah pengedar sah peralatan implan jenama buatan Perancis dan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia. Ia membekal kepada lebih 70 hospital di Malaysia.

Bukan setakat membekal alat implan, Noorirwand­y dan salah seorang daripada tujuh pakar produk syarikat akan hadir dalam bilik pembedahan bagi memberi bantuan teknikal kepada pasukan perubatan yang menjalanka­n pembedahan implan .

Komitmen tinggi seperti itu, menjadikan Arah Tenang syarikat yang diyakini pelanggan dari dalam dan luar negara.

 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] ?? Noorirwand­y menunjuk cara penggunaan produk pembaikan ACL pada tulang.
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] Noorirwand­y menunjuk cara penggunaan produk pembaikan ACL pada tulang.
 ??  ??
 ??  ?? Komitmen tinggi Noorirwand­y jadikan Arah Tenang syarikat diyakini pelanggan dari dalam dan luar negara.
Komitmen tinggi Noorirwand­y jadikan Arah Tenang syarikat diyakini pelanggan dari dalam dan luar negara.
 ??  ?? Peralatan yang digunakan dalam ACL.
Peralatan yang digunakan dalam ACL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia