Berita Harian

Pelabur asing jual saham tempatan

-

Pada minggu lalu, KLCI ditutup pada paras 7.99 mata lebih tinggi kepada 1854.5 mata. Jumlah dagangan melambung kepada 20.14 bilion dengan nilai RM21.612 bilion.

Pelabur asing menjual secara berterusan selama 10 hari berturut-turut. Pada minggu ini sahaja, pelabur asing menjual sebanyak 2.476 bilion.

Isnin minggu lalu adalah hari pertama dagangan selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang berjaya menumbangk­an parti komponen Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia sejak 1955, sekali gus memadamkan rekod negara yang paling lama diperintah oleh parti yang sama semenjak merdeka.

Jumlah dagangan mingguan adalah tertinggi untuk tempoh beberapa bulan yang lalu terutama pada hari Isnin, yang mana jumlah dagangan mencecah 6.584 billion dengan nilai RM7.311 bilion.

Walaupun pasaran mencatatka­n keuntungan dengan ditutup positif berserta dengan jumlah dagangan yang tinggi, tetapi pelabur asing masih menjadi penjual bersih dan ini akan menyebabka­n arah hala tuju KLCI tidak menentu.

Pelabur juga masih menilai akan impak penguranga­n

GST kepada sifar peratus, penilaian semula kontrak kerajaan dan lain-lain lagi.

Pelabur dinasihatk­an berhati-hati dan mencari peluang untuk membeli saham yang berkualiti dengan harga rendah.

Untuk pergerakan pasaran saham minggu lalu, KLCI naik 3.91 mata pada hari Isnin untuk ditutup pada 1,850.42.

Kebanyakan pasaran

Asia ditutup lebih tinggi dan pasaran Malaysia dibuka semula selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pasaran dibuka rendah, jatuh hampir 49 mata dan kemudian naik hampir 20 mata dan ditutup pada 3.91 mata lebih tinggi.

Sementara itu, harga minyak mentah turun sedikit dari paras tertinggi minggu lalu. Jumlah dagangan melambung kepada 6.58 bilion saham yang didagangka­n, dengan nilai pasaran meningkat kepada RM7.311 bilion.

Sektor Teknologi meningkat paling tinggi kepada + 5.58 peratus manakala Pembinaan jatuh -12.93 peratus.

Jajaran pasaran menunjukka­n 930 kaunter untung dan 405 kaunter rugi.

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah -RM682.6 juta.

Ringgit menyusut nilai pada RM3.9505 berbanding dolar pada Isnin minggu lalu.

Pada Selasa, KLCI jatuh

2.22 mata untuk ditutup pada 1,848.20, dengan mengembali­kan keuntungan pada sesi pagi kerana pelabur institusi mengimbang­i portfolio mereka.

Sedikit keuntungan di pasaran AS gagal di ikuti oleh pasaran saham Asia dan kebanyakan pasaran dirantau ini di tutup rendah.

Jumlah dagangan jatuh kepada 4.310 bilion saham yang diniagakan, dengan nilai pasaran menurun kepada RM4.445 bilion. Kebanyakan indeks Bursa ditutup bercampur-campur.

Jajaran pasaran adalah negatif dengan 499 kaunter untung dan 561 kaunter rugi.

Menurut statistik Bursa Malaysia, pelabur asing masih menjual lebih dari membeli dan di akhir dagangan mencatatka­n aliran keluar bersih asing -RM837.3 juta.

Ringgit menyusut nilai pada RM3.9575 berbanding dolar pada hari berkenaan.

Pada Rabu, indeks KLCI naik 10.06 mata untuk ditutup pada 1,858.26. Kebanyakan saham di Asia ditutup rendah pada hari berkenaan apabila pelabur masih mengkaji akan ketidakpas­tian geopolitik baru yang berkaitan dengan Korea Utara dan hasil Perbendaha­raan 10 tahun AS yang meningkat kepada tahap tertinggi dalam tujuh tahun.

Jumlah dagangan jatuh kepada 3.002 bilion saham yang diniagakan, sementara nilai pasaran menurun kepada RM2.911 bilion.

Kebanyakan indeks Bursa ditutup kebanyakan­nya hijau kecuali Teknologi dan Pembinaan. Jajaran pasaran sedikit positif dengan 492 kaunter untung dan 486 kaunter rugi.

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah -RM320.7 juta.

Ringgit menyusut nilai pada RM3.9680 berbanding dolar AS.

Indeks KLCI turun 3.82 mata pada Khamis untuk ditutup pada 1,854.44. Pasaran ekuiti di Asia ditutup lebih tinggi, mengekori keuntungan di Wall Street.

Indeks MSCI di Asia Pasifik, tidak termasuk Jepun, naik sekitar 0.1 peratus. Jumlah dagangan meningkat kepada 3.329 bilion saham yang diniagakan, manakala nilai pasaran meningkat kepada RM3.783 bilion. Kebanyakan Indeks tempatan ditutup bercampur-campur.

Jajaran pasaran kembali negatif dengan 438 kaunter untung dan 570 kaunter rugi.

Kaunter untung termasuk

BAT + RM1.14 (+ 3.61% peratus), AJI + RM1.00 (+ 4.39 peratus), KLINI + RM0.32(+ 2.88 peratus), PADINI + RM0.29 (+ 5.92 peratus), GENM + RM0.25 (+ 5.02 peratus), SHANG + RM0.25 (+ 4.03 peratus), E &MAGNUM + RM0.14 (+ 6.93 peratus), YINSON + RM0.13

(+ 3.04 peratus) dan WPRTS + RM0.10 (+ 3.06 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah -RM384.4 juta.

Ringgit menyusut nilai pada RM3.9695 berbanding dolar AS.

Pada Jumaat, indeks KLCI naik 0.06 mata untuk ditutup pada 1,854.50. Saham Asia kebanyakan ditutup lebih tinggi, dengan mengabaika­n pasaran yang di tutup di Wall Stret semalam. Pelabur masih mencerna akan perkembang­an isu perdaganga­n antara AS dengan China.

Jumlah dagangan jatuh kepada 2.915 bilion saham yang diniagakan, manakala nilai pasaran berkuranga­n kepada RM3.162 bilion. Sebahagian besar indeks Bursa ditutup kebanyakan­nya bercampur.

Jajaran pasaran adalah negatif dengan 380 kaunter untung dan 607 kaunter rugi.

Kaunter untung termasuk NESTLE + RM3.00 (+ 2.11 peratus), CARLSBG + RM0.58 (+ 2.96 peratus), HEIM + RM0.58(+ 2.56 peratus), Allianz + RM0.50 (+

4.17 peratus), VITROX + RM0.26 (+ 4.55 peratus), TOPGLOV + RM0.22 (+ 2.19 peratus), SPSETIA + RM0.21(+ 6.89 peratus), DIALOG + RM0.13 (+ 3.98 peratus) dan IOIPG + RM0.08 (+ 5.26 peratus).

Kaunter rugi termasuk, LITRAK -RM1.38 (-26.85 peratus), CMSB -RM1.05 (-29.75 peratus), AIRASIA -RM0.25 (-7.23 peratus), GAMUDA -RM0.24 (-5.54 peratus), PMETAL -RM0.23 (-4.61 peratus), DRBHCOM -RM0.14 (-7.53 peratus), SUNCON -RM0.13 (-6.05 peratus), WCT -RM0.125 (-14.79 peratus), MMCCORP -RM0.08 (-4.57 peratus) dan IJM -RM0.09 (-4.39 peratus).

Menurut statistik Bursa Malaysia, aliran keluar bersih asing ialah -RM251.2 juta.

Ringgit menyusut nilai pada RM3.9722 berbanding dolar AS pada hari berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia