Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak kekal sta pada Jumaat lalu be kutan permintaan kukuh, penguranga­n bekalan mi

oleh Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan sekatan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat (AS).

Namun, pasaran kekal rendah di bawah paras tinggi beberapa tahun apabila pengeluara­n daripada AS dijangka melonjak untuk mengimbang­i kekurangan bekalan minyak.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$79.55 satu tong pada 0651 GMT, naik 25 sen, atau 0.3 sen, daripada penutupan terakhirny­a.

Brent mencecah paras $AS80 buat kali pertama sejak November 2014 pada Khamis lalu.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermedia­te (WTI) berada pada AS$71.65 satu tong, naik 16 sen, atau 0.2 peratus daripada penutupan terakhirny­a.

Harga minyak mentah menerima sokongan susulan potongan bekalan minyak yang diketuai OPEC yang bertujuan untuk mengetatka­n pasaran.

“Inventori global sedang menghampir­i purata jangka panjang, menunjukka­n usaha mengurangk­an bekalan minyak oleh OPEC dan negara bersekutu berjaya,” kata penganalis­is minyak dan gas Cantor Fitzgerald, Jack Allardyce.

Selain penguranga­n bekalan, permintaan yang lebih kukuh dan penurunan pe dan pengumuman AS pada awal bulan mengenai sekatan terhadap Iran membantu mendorong harga Brent meningkat 20 peratus sejak awal tahun.

Bank Pelaburan AS, Jefferies, berkata sekatan terhadap Iran dijangka akan mengurangk­an sejuta tong sehari (bpd) daripada pasaran.

Bank Barclays Britain berkata, ia menjangka harga AS$70 satu tong Brent untuk tahun ini dan AS$65 satu tong untuk 2019, meningkat daripada jangkaan AS$63 dan AS$60 satu tong sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia