Berita Harian

Pasaran saham tempatan positif

Catat prestasi lebih baik berbanding jangkaan

-

Bursa Malaysia dijangka berada dalam aliran meningkat kepada paras 1,880 minggu ini, dipacu oleh peningkata­n harga minyak mentah, dasar monetari yang akomodatif dan sentimen pengguna lebih baik.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai kadar sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dijangka menambah baik sentimen penggu- na serta meningkatk­an kaunter pengguna.

“Langkah GST pada kadar sifar peratus ini akan melonjakka­n penggunaan swasta,” katanya.

Beliau berkata, harga minyak mentah yang lebih tinggi, dengan minyak Brent mencecah AS$80 satu tong pada Khamis, paras tertinggi dalam tempoh empat tahun, juga akan menjadi faktor positif kepada pasaran saham tempatan, khususnya kaunter minyak dan gas.

Sementara itu, beliau berkata, jaminan Bank Negara Malaysia untuk mengekalka­n kadar faedah yang akomodatif sudah tentu akan menambahka­n lagi kestabilan kepada sentimen dalam pasaran saham tempatan.

Di peringkat luar negara, Nazrin Khan berkata, pelabur akan memantau perkembang­an perbincang­an perdaganga­n antara Amerika Syarikat dengan China.

“Perbincang­an perdaganga­n itu diharapkan membuahkan hasil positif, sekali gus turut akan melonjakka­n eksport negara kita,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, Bursa Malaysia ditutup kebanyakan­nya tinggi disokong momentum belian dalam saham wajaran tinggi terpilih serta kaunter yang boleh dipengaruh­i situasi.

Pasaran saham tempatan yang memulakan dagangan hari pertama selepas kerajaan baharu dibentuk oleh Pakatan Harapan dengan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menunjukka­n prestasi lebih baik berbanding jangkaan.

Bursa Malaysia pada hari dagangan itu juga ditutup dalam lingkungan positif, berbeza dengan jangkaan bahawa ia akan ditutup rendah susulan reaksi spontan ekoran kekalahan parti memerintah, Barisan Nasional dalam PRU14.

Berasaskan Selasa ke Jumaat, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 7.99 mata kepada 1,854.5 daripada 1,846.51.

Indeks FBM Emas susut 22.49 mata kepada 12,863.22, Indeks FBMT100 kurang 35.08 mata kepada 12,663.36, FBM 70 merosot 350.89 mata kepada 14,952.37 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 129.72 mata kepada 12,945.64.

FBM Ace meningkat 172.77 mata kepada 5,385.1.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menokok 237.7 mata kepada 18,328.29, Indeks Perusahaan naik 107.34 mata kepada 3,303.89 dan Indeks Perladanga­n bertambah 72.52 mata kepada 7,922.24.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 20.14 bilion unit bernilai RM21.61 bilion daripada 4.27 bilion unit bernilai RM4.89 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama melonjak kepada 13.97 bilion saham bernilai RM20.6 bilion daripada 2.39 bilion saham bernilai RM4.53 bilion pada Selasa minggu lalu.

Jumlah dagangan waran bertambah kepada 3.67 bilion unit bernilai RM523.83 juta daripada 1.22 bilion unit bernilai RM235.14 juta pada minggu lalu.

Pasaran ACE rekodkan jumlah dagangan tinggi iaitu 2.46 bilion saham bernilai RM472.54 juta berbanding 643.35 juta saham bernilai RM122.59 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia