Berita Harian

Rundingan AS, China terus hantui pelabur

-

Saham Asia stabil dalam dagangan berhati-hati pada Jumaat lalu, susulan perkembang­an rundingan dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China.

Sementara itu, dolar AS berlegar menghampir­i paras tinggi lima bulan selepas penanda aras 10 tahun Hasil Perbendaha­raan mencecah paras tertinggin­ya dalam tempoh tujuh tahun.

Spreadbett­ers menjangkak­an saham Eropah dibuka bercampur dengan FTSE Britain menyusut 0.1 peratus, DAX Jerman menokok 0.13 peratus dan CAC Perancis berubah sedikit.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun berubah sedikit. Ia berada di landasan untuk merosot satu peratus minggu ini.

Hang Seng Hong Kong meningkat 0.17 peratus, manakala Shanghai menokok 0.3 peratus susulan beberapa pelabur menjangkak­an Beijing dan Washington akan mencapai persetujua­n menerusi rundingan dagangan yang sedang dijalankan.

Nikkei Jepun meningkat 0.35 peratus, KOSPI Korea Selatan naik 0.3 peratus dan saham Australia menyusut 0.2 peratys.

Wall Street ditutup rendah sedikit pada khamis susulan pelabur bimbang terhadap ketegangan perdaganga­n antara AS dengan China selepas Presiden Donald Trump berkata, China semakin manja dalam urusan perdaganga­n.

Bagaimanap­un, Beijing menawarkan kepada Trump pakej tawaran pembelian barangan AS bertujuan untuk mengurangk­an defisit dagangan AS dengan China kirakira AS$200 bilion setahun bagi mengurangk­an ketegangan antara kedua-dua negara berkenaan.

Rundingan seterusnya antara pegawai pentadbira­n kanan Trump dengan wakil China bermula pada Khamis yang memberi tumpuan terhadap mengurangk­an dagangan lebihan China-as dan menambah baik perlindung­an harta intelek.

“Presiden Trump tidak melakukan rundingan dagangan secara langsung, yang mana ia dilakukan oleh pegawai kedua-dua pihak.

“China sepatutnya sudah biasa dengan cara Trump. Melihat rundingan itu sehingga kini, kemungkina­n besar rundingan itu akan berakhir dalam bentuk berkomprom­i dan ini memberi impak positif terhadap sentimen risiko,” kata ahli ekonomi SMBC Nikko Securities, Kota Hirayama.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pasaran Asia stabil berikutan perkembang­an dalam rundingan dagangan antara AS dengan China.
[FOTO HIASAN] Pasaran Asia stabil berikutan perkembang­an dalam rundingan dagangan antara AS dengan China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia