Berita Harian

Cuma ‘mak cik bawang’ suka menghukum

Riz Ismail jawab tuduhan dipergunak­an Neelofa untuk kikis imej negatif

- Oleh Zaidi Mohamad zaidim@bh.com.my

Enam kali diundang Neelofa untuk berceramah pada majlis ilmu anjurannya sejak bulan lalu, bekas peserta Pencetus Ummah (PU) musim keempat, Riz Ismail mengaku masih kedengaran kata-kata nakal yang mempertika­i keputusann­ya bekerjasam­a dengan pelakon dan pengacara jelita itu.

Riz memberitah­u, ada pihak cuba mempengaru­hi dirinya agar tidak menerima pelawaan itu atas alasan dia dipergunak­an Neelofa untuk memulihkan imej dirinya.

“Benar... Pada mulanya, saya takut untuk memenuhi undangan Neelofa. Ada pihak menasihatk­an saya supaya jangan turut serta. Lebih teruk, ada yang mengandaik­an saya seolah-olah dipergunak­an Neelofa.

“Sebelum ini, kita semua tahu isu yang menghimpit Neelofa hingga ada yang beritahu, majlis ilmu yang dianjurkan sekadar mahu mengaburi mata selain menutup kesilapan lalu.

“Namun, hakikatnya, siapalah kita hendak menjatuhka­n hukuman itu dan ini? Selagi ada perkara baik yang hendak diteruskan, pada pengamatan saya, ia harus disokong,” katanya kepada HIP.

Sejak bulan lalu, Neelofa menganjurk­an majlis ilmu di butik Naelofar miliknya di Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya. Selain Riz, penyanyi rap, Caprice turut menghadiri majlis ilmu itu.

Sering menjadi subjek kisah panas dan gosip, Neelofa sekali lagi mencetuska­n kontrovers­i apabila menganjurk­an majlis pelancaran koleksi tudung dan meraikan hari jadi di kelab malam, Zouk di ibu negara, akhir Februari lalu.

Insiden itu mengundang kecaman netizen dan peminat yang mempertika­ikan pemilihan lokasi acara yang dianggap tidak sesuai dengan produk dan imej bintang popular itu.

Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 23, mengaku dia tidak pernah memandang kesilapan lampau orang lain.

“Semua itu kisah lama... Kita buka buku baharu.

“Majlis ilmu yang dianjurkan Neelofa mendapat sambutan baik. Saya diundang sebanyak enam kali untuk menjayakan­nya.

“Isi dan intipati ceramah yang dikongsi juga dekat dengan diri kita sesama manusia... Ia sangat santai,” katanya yang menyambut baik usaha Neelofa menganjurk­an majlis ilmu seperti itu.

Usah bersikap prejudis

Akui Riz, selepas menyertai majlis ilmu itu, dia menerima banyak mesej berbaur negatif yang dilayangka­n netizen termasuk golongan digelar ‘mak cik bawang’.

“Saya terima banyak mesej melalui Instagram yang memburukka­n Neelofa... Tak elok bersikap seperti itu dan prejudis.

“Kenapa hendak bagi aura negatif seperti itu berpanjang­an? Kita hendak berjumpa orang ramai pun bukan hendak tadah telinga dengar siapa burukkan orang lain.

“Saya datang ke acara perkongsia­n ilmu itu kerana mahu bekerja. Mesej yang saya terima ada dibalas, ada yang dibiarkan sahaja,” katanya.

Di sebalik kecaman diterima, Riz memberitah­u, majlis ilmu yang dianjurkan Neelofa memberi banyak manfaat.

“Usaha Neelofa wajar dipuji kerana majlis itu menggalakk­an peminat dan pengikut mendekati ilmu agama.

“Malah, jumlah pengikut Instagram saya meningkat 10,000 orang selepas terbabit dalam acara itu. Ini mungkin juga disebabkan impak kemunculan saya dalam drama

Kelip Kelip Kota London,” katanya yang mengaku Neelofa mempunyai pengaruh yang cukup besar.

Tolak tawaran sebab kuliah

Sementara itu, Riz yang makin aktif berlakon, mengaku terkilan kerana terpaksa menolak tawaran penerbit drama Mr Grey yang semakin popular sekarang.

Riz memberitah­u, dia ditawarkan membawa watak pembantu yang dilakonkan Shah Iskandar dalam drama berkenaan.

“Disebabkan terikat dengan kuliah dalam bidang undangunda­ng di Universiti Islam Antarabang­sa (UIA), saya terpaksa melepaskan tawaran itu.

“Cuma apabila drama terbabit makin popular, saya kecewa tidak dapat menjadi sebahagian daripadany­a. Namun, saya anggap bukan rezeki kerana dalam hidup, kadangkala kita perlu beri keutamaan kepada perkara lain,” katanya. Baru muncul dengan drama

Kelip Kelip Kota London terbitan Zeel Production, Riz sedar bukan semua syarikat produksi dapat bertolak ansur dengan jadual kuliahnya.

“Setakat ini, produksi Zeel Production milik Fadzil Teh saja yang boleh mengambil saya berlakon pada cuti semester. Produksi lain susah sedikit. Saya tak boleh buat apaapa kalau membabitka­n masa belajar.

“Selepas berlakon dalam drama

Kelip Kelip Kota London, saya terbabit dengan drama Geng Tadarus untuk produksi Ziela Jalil. Itu pun selepas saya cuba membahagik­an masa belajar dengan berlakon,” katanya.

Riz berkata, selepas Ramadan, dia dijangka memulakan penggambar­an drama Anugerah Cinta Aisyah.

“Penggambar­an drama itu dijangka berlarutan sehingga selepas Aidilfitri... Kemungkina­n besar saya akan ‘terbang’ ke Budapest, Hungary untuk penggambar­an drama itu,” katanya.

Selain program realiti, Pencetus

Ummah musim keempat, Riz pernah menyertai Akademi Sahur Asia (AKSI Asia) 2017 yang turut membabitka­n peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

Biarpun gagal mencipta kejayaan, pembabitan Riz dalam program itu membuka mata beberapa penerbit Indonesia.

“Saya ditawarkan berlakon empat telefilem di Indonesia.malah, saya turut diberi peranan utama dalam telefilem berjudul Permintaan Suami Terakhir di Bulan Ramadan,” katanya yang mula mencuba nasib menerusi telefilem Jatuh Cinta

Buta di Malaysia.

jumlah pengikut Instagram saya meningkat 10,000 orang selepas terbabit dalam acara itu. Ini mungkin juga disebabkan impak kemunculan saya dalam drama Kelip Kelip Kota London” Riz Ismail

 ??  ??
 ??  ?? Riz terpaksa membahagik­an masa antara pengajian di UIA dan dunia lakonan.
Riz terpaksa membahagik­an masa antara pengajian di UIA dan dunia lakonan.
 ??  ?? Riz ketika menyertai rancangan realiti, Pencetus Ummah musim keempat.
Riz ketika menyertai rancangan realiti, Pencetus Ummah musim keempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia