Berita Harian

Sarat tetap aktif

Lisdawati rajin beriadah demi kesihatan, tumpu keluarga sepanjang Ramadan meskipun hamil tujuh bulan

- Oleh Hanisah Selamat

Tiada yang lebih melegakan Lisdawati apabila penggambar­an dua drama lakonannya dapat disempurna­kan sebelum Ramadan. Ini memudahkan dirinya menguruska­n keluarga dan menjalani ibadat puasa.

Lisdawati, 39, berkata, dalam keadaan dirinya hamil tujuh bulan dengan tiga anak kecil, dia perlu pantas menyusun jadual harian sepanjang bulan ini.

“Saya seronok bekerja dengan pasukan drama dan Mak

. Ini kerana masingmasi­ng profesiona­l dan membolehka­n segala urusan disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

“Ketika mendapat keduadua tawaran, saya baru memasuki trimester kedua. Namun, bagi saya tiada masalah. Ini kerana saya masih bertenaga dan tiada alahan. Apatah lagi, watak dipegang sebagai ibu.

“Sekarang, apabila tidak pergi ke set, rindu pula pada suasana dan kawankawan,” katanya kepada HIP.

Ditemui pada acara anjuran Pusat Pelanconga­n Malaysia (MATIC), My Town Night Ride bersama Mike Bikes di ibu negara, barubaru ini, Lisdawati mengejutka­n peserta lain apabila masih mampu berbasikal biarpun sarat hamil.

Bagai tiada lelah, isteri pengarah dan pelakon Fauzi Nawawi itu ligat mengayuh basikal bersama artis lain seperti Maria Tunku Sabri, Cef Fikry dan Balqis. Mereka berbasikal dari Jalan Sultan Ismail ke Dataran Merdeka, Medan Tunku, Petaling Street, Jalan Raja Chulan hingga ke Bukit Nanas.

Lisdawati berkata, dia sudah mendapatka­n nasihat doktor sebelum menyertai aktiviti berbasikal itu yang bertujuan memperkena­lkan lokasi pelanconga­n menarik di ibu negara.

“Ini aktiviti berbasikal kedua yang saya sertai bulan ini. Sebelum ini, saya menyertai acara Fun Ride anjuran MYIPO di Cyberjaya sejauh 10 kilometer. Kali ini, jaraknya lapan kilometer sahaja tetapi agak mencabar, terutama ketika melintasi kawasan Bukit Nanas. Syukur, segalanya dipermudah­kan.

“Setiap kali melakukan aktiviti seumpama ini, saya akan bertemu doktor selepas selesai acara. Walaupun sudah diberi lampu hijau, kita perlu mengambil langkah berjagajag­a,” katanya.

Selindung sebab segan

Lisdawati berkata, sebelum ini, dia tidak berniat menyembuny­ikan kehamilan bagi mengelak orang lain terutama kru produksi risau.

Lisdawati mengaku dia tidak mahu menyusahka­n teman yang samasama bekerja di lokasi, apatah lagi dirinya masih bertenaga biarpun sarat.

“Kalau tengok saiz kandungan, memang kecil hingga ketika saya menjayakan penggambar­an drama Mr Grey, kru produksi tidak sedar saya hamil trimester pertama.

“Orang yang perasan fizikal saya berubah pun tidak menegur. Mungkin mereka menyangka ia perubahan biasa. Kebetulan, saya membawakan watak ibu, jadi tak perlu pakai persalinan yang menyerlahk­an bentuk badan.

“Ketika terima tawaran, saya tidak beritahu diri ini hamil. Bukan apa, bersandark­an pengalaman lalu, ratarata semua orang sangat prihatin sampai saya naik segan,” ulas wanita peramah itu lagi.

Mengenai jantina anak keempatnya itu, doktor mengesahka­n dia dan suami bakal menimang bayi lelaki yang dijangka dilahirkan selepas sambutan Aidilfitri.

 ?? [ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ] ??
[ FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN / BH ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Lisdawati menyertai My Town Night Ride bersama rakan selebriti.
Lisdawati menyertai My Town Night Ride bersama rakan selebriti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia