Berita Harian

Lambakan fesyen RTW tidak jejas tukang jahit

Tak menang tangan siapkan tempahan pelanggan menjelang Syawal bukti khidmat masih relevan

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar fatin@bh.com.my

Lambakan koleksi baju siap dipakai atau Ready To Wear (RTW) di pasaran atau dijual secara dalam talian tidak menjejaska­n tempahan tukang jahit untuk digayakan pelanggan di pagi lebaran, tahun ini.

Tinjauan BH di Medan Mara, Jalan Raja Laut, mendapati ramai tukang jahit sedang tekun menjahit pelbagai fesyen pakaian untuk memastikan tempahan pelanggan dapat disiapkan sebelum menjelang Syawal.

Sememangny­a, Medan MARA antara tempat tumpuan warga kota membeli-belah kerana banyak deretan butik tudung, pakaian wanita dan lelaki, selain lokasi itu berhampira­n Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) yang turut menyediaka­n keperluan sama.

Tukang jahit, Ramlah Darmo, yang juga pemilik butik jenama RDA Collection berkata, setiap tahun tempahan diterima meningkat sehingga 70 peratus berbanding hari biasa.

Tutup tempahan 2 bulan lalu

Katanya, tempahan ditutup sejak dua bulan lalu kerana tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi menjahit baju raya, walaupun mempunyai lima pekerja bagi membantu menyiapkan tempahan.

“Ramai pelanggan lama dan baharu yang datang membuat tempahan baju raya tahun ini. Saya tidak nampak kewujudan perniagaan dalam talian, jualan baju RTW di butik fizikal daripada pelbagai jenama termasuk pereka fesyen terkenal membunuh pasaran kami.

“Seperti biasa, masih ramai pelanggan yang datang pada saat akhir untuk menempah baju. Saya terpaksa sediakan buku rekod untuk tempahan yang lewat.

“Buku itu dianggap sebagai tempahan ‘kecemasan’. Saya buat perjanjian supaya pelanggan tidak merungut jika baju tidak dapat disiapkan sebelum Syawal,” katanya.

Ramlah yang sudah 30 tahun membuka kedai jahit, berkata sama seperti tahun sebelum ini, beliau menutup dua bulan sebelum raya untuk tempahan bagi mengelak pelanggan merungut.

“Tahun ini, saya terpaksa membawa pulang tempahan untuk disiapkan di rumah, ” katanya.

Tukang Jahit, Zainal Abidin Odin daripada Shyza Design, berkata setiap tahun beliau menerima kirakira 500 tempahan baju raya.

Katanya, peranan tukang jahit masih relevan walaupun baju RTW banyak dijual di mana-mana saja pusat beli-belah atau butik.

Bagi individu yang cerewet dan mementingk­an keselesaan, mereka lebih gemar menempah pakaian daripada tukang jahit berbanding beli yang sudah siap.

“Kemahiran tukang jahit penting kerana mereka bukan saja kreatif, tetapi bijak memberikan cadangan kepada pelanggan fesyen apa yang bersesuaia­n dengan imej dan personalit­i mereka.

“Ada pelanggan yang tidak kisah membayar lebih kerana mendapat koleksi pakaian yang memenuhi cita rasa. Untuk tempahan sempurna, mereka perlu bijak mencari tukang jahit yang bagus,” katanya.

Berbeza tukang jahit lain, Zainal Abidin tidak menutup tempahan daripada pelanggan dan kedainya hanya ditutup pada 1 Syawal.

“Tahun ini, trend tempahan baju adalah kebaya, kebarung dan kurung moden berbanding tahun lalu ramai gemar potongan peplum,” katanya.

Elak kesuntukan masa

Tukang jahit, Rosila Mohd Salleh, berkata tempahan baju mula diambil pada Disember sehingga akhir Februari lalu bagi mengelakka­n kesuntukan masa kerana tidak mempunyai ramai pekerja.

Katanya, sungguhpun dibuka awal, tempahan diterima khusus persalinan raya meningkat tiga kali ganda berbanding pakaian untuk harian atau acara majlis.

Beliau percaya cara itu dapat memberi ruang pelanggan untuk menghantar tempahan untuk mengelakka­n kelewatan.

“Ini menunjukka­n masih ramai selesa menggunaka­n perkhidmat­an tukang jahit berbanding membeli baju siap,” katanya.

Ramai pelanggan lama dan baharu yang datang membuat tempahan baju raya tahun ini. Saya tidak nampak kewujudan perniagaan dalam talian, jualan baju RTW di butik fizikal daripada pelbagai jenama termasuk pereka fesyen terkenal membunuh pasaran kami” Ramlah Darmo, Tukang jahit

 ?? [FOTO SUPIAN AHMAD/BH] ?? Zainal Abidin sibuk memotong kain bagi menyiapkan tempahan pelanggan di kedainya Shyza Design, di Medan MARA, Kuala Lumpur.
[FOTO SUPIAN AHMAD/BH] Zainal Abidin sibuk memotong kain bagi menyiapkan tempahan pelanggan di kedainya Shyza Design, di Medan MARA, Kuala Lumpur.
 ??  ?? Rosila sibuk menyiapkan tempahan baju pelanggan yang mula diambil pada Disember sehingga akhir Februari lalu bagi mengelakka­n kesuntukan masa.
Rosila sibuk menyiapkan tempahan baju pelanggan yang mula diambil pada Disember sehingga akhir Februari lalu bagi mengelakka­n kesuntukan masa.
 ??  ?? Ramlah tidak menang tangan memenuhi permintaan yang tinggi menjahit baju raya di kedainya di Medan MARA, Kuala Lumpur. .
Ramlah tidak menang tangan memenuhi permintaan yang tinggi menjahit baju raya di kedainya di Medan MARA, Kuala Lumpur. .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia