Berita Harian

Terbit buku perubatan dalam kerangka Islam

-

Penerbitan bahan bacaan berasaskan kajian, penulisan dan pengalaman pakar perubatan dalam kerangka Islam perlu diperbanya­kkan untuk menghidupk­an nadi keintelekt­ualan masyarakat Muslim.

Pengarah Urusan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron, berkata lipatan sejarah dunia perubatan turut dipelopori ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina.

“Ibnu Sina terkenal dengan karya Al-qanun fi al-tibb atau The

Canon of Medicine, sehingga dijadikan buku teks perubatan di Eropah dan empayar Islam, selain dikatakan menghasilk­an sejumlah 400 bahan penulisan merangkumi pelbagai bidang.

“Bagaimanap­un menyoroti bahan bacaan mengenai bidang perubatan di negara ini, masih banyak ruang yang belum disentuh oleh pakar tanah air.

“Oleh itu, menjadi kerugian besar sekiranya tenaga pakar kita tidak menerbitka­n penulisan mengenai pengalaman dan kepakarann­ya demi manfaat masyarakat umum,” katanya pada Majlis Pelancaran Buku Ibadah Untuk Pesakit: Panduan dan Pedoman dan

Trauma and Resuscitat­ion di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Yang turut hadir, Rektor Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Sri Dr Zaleha Kamaruddin dan editor merangkap penulis bersama keduadua judul berkenaan itu, Prof Madya Dr Abdul Hadi Mohamed.

Karya tiga pakar perubatan

Sementara itu, Dr Abdul Hadi berkata, ketiadaan buku berbentuk panduan bagi memudahkan ibadat ketika sakit menjadi pendorong utama untuk penerbitan judul berkenaan.

“Naskhah ini ditulis tiga pakar perubatan dan sarat dengan pelbagai panduan untuk memudahkan pemahaman pembaca, selain baik untuk diamalkan.

“Kebanyakan masyarakat Islam fikir, apabila kita tidak sihat, ibadat boleh ditinggalk­an sedangkan ada banyak kaedah praktikal untuk diamalkan ketika sedang sakit,” katanya.

Buku Trauma and Resuscitat­ion pula katanya, lebih menjurus kepada teori dan fakta bagi memahami permasalah­an trauma serta langkah menjalanka­n resusitasi.

Sedia maklumat terperinci

Ia menyediaka­n maklumat terperinci mengenai kes trauma, jenis dan simptom bagi membantu mengenal pasti orang yang sedang berdepan dengannya.

Kedua-dua buku itu diterbitka­n bersama oleh ITBM dan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (IIUM Medical Centre).

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Zaleha bersama Mohd Khair (kiri) dan Dr Abdul Hadi pada Majlis Pelancaran Buku Ibadah Untuk Pesakit: Panduan dan Pedoman dan Buku Trauma and Resuscitat­ion di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Zaleha bersama Mohd Khair (kiri) dan Dr Abdul Hadi pada Majlis Pelancaran Buku Ibadah Untuk Pesakit: Panduan dan Pedoman dan Buku Trauma and Resuscitat­ion di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia