Berita Harian

Kotak hitam Boeing 737 ditemui

Saksi dakwa enjin pesawat terbakar sebelum terhempas

-

Kotak hitam pesawat Boeing 737 yang terhempas tiga hari lalu, sekali gus meragut 110 nyawa penumpang dan anak kapal berjaya ditemui dan dilaporkan dalam keadaan baik.

Tiga lagi penumpang berjaya dikeluarka­n daripada bangkai pesawat oleh pasukan penyelamat, namun dilaporkan berada dalam keadaan kritikal berikutan kecederaan parah pada hampir seluruh anggota badan.

Setakat ini, identiti 15 mangsa nahas itu berjaya dikenal pasti.

Menteri Pengangkut­an Cuba, Adel Yzquierdo ketika bercakap kepada media tempatan semalam mengesahka­n penemuan itu.

“Kotak kedua sepatutnya diterima dalam tempoh beberapa jam lagi,” katanya.

Kedua-dua kotak hitam mengandung­i perakam suara kokpit dan perakam data penerbanga­n itu, iaitu bukti utama untuk menentukan punca nahas pesawat berusia 39 tahun yang terhempas Jumaat lalu, sejurus berlepas dari lapangan terbang Jose Marti menuju ke timur Cuba.

Serah kotak hitam kepada pasukan penyaisat

Menurut Yzquierdo, kotak hitam berkenaan sudah diserahkan kepada pasukan penyiasat untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pada sidang media di lapangan terbang Havana, pihak berkuasa Cuba mengesahka­n, 99 penumpang pesawat yang dalam perjalanan domestik ke Holguin adalah rakyat tempatan, manakala tiga lagi adalah pelancong asing, iaitu dua warga Argentina dan seorang dari Mexico.

Dua lagi mangsa adalah pemastauti­n tetap warga Republik Sahrawi. Nahas itu turut mengorbank­an enam anak kapal rakyat Mexico.

Menurut petani, Marino Perez Alvaredo yang menyaksika­n nahas itu, salah satu enjin pesawat terbakar sebelum terhempas.

“Pesawat itu terbakar, sebelum terbalik dan kemudian terbakar,” kata Alvaredo.

Bekas juruterban­g yang pernah bertugas dengan Aerolineas Damojh, Marco Aurelio Hernandez yang dipetik akhbar Milenio mengkritik syarikat itu yang sering mengabaika­n aspek penyenggar­aan pesawat.

“Saya pernah berdepan dengan pelbagai insiden ketika bertugas dengan syarikat ini, seperti kegagalan enjin atau sistem elektrikal ketika berlepas dari Mexico,” katanya.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Reaksi Presiden Cuba, Miguel Diaz-canel ketika tiba di hotel menempatka­n keluarga mangsa nahas pesawat Boeing 737 di Havana.
[ FOTO REUTERS ] Reaksi Presiden Cuba, Miguel Diaz-canel ketika tiba di hotel menempatka­n keluarga mangsa nahas pesawat Boeing 737 di Havana.
 ??  ?? Pasukan penyelamat memeriksa bangkai pesawat Boeing 737 yang terhempas di Boyeros, Cuba.
Pasukan penyelamat memeriksa bangkai pesawat Boeing 737 yang terhempas di Boyeros, Cuba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia