Berita Harian

7 pengedar dadah Brazil ditembak mati

-

Rio de Janeiro: Seramai tujuh orang, termasuk seorang pengedar dadah yang dikehendak­i kerana terbabit dalam kes rogol berkumpula­n pada 2016 di Brazil maut kelmarin, dalam serbuan besarbesar­an yang dilancarka­n oleh pihak polis.

Jurucakap polis tentera di Rio berkata, 22 individu ditahan susulan serbuan, manakala tujuh lagi maut selepas bertempur dengan pihak polis.

Menurut beliau, antara yang disahkan terbunuh, termasuk Sergio Luiz da Silva atau lebih dikenali sebagai Da Russia dalam kalangan kumpulan penjenayah.

Beliau disyaki bertindak sebagai ketua sindiket pengedaran dadah dan dipercayai turut terbabit merogol seorang kanakkanak perempuan di sini, pada Jumaat lalu.

Gambar viral di media sosial

Kes yang mengejutka­n seluruh Brazil itu dipercayai turut membabitka­n 30 lelaki lain, malah gambar mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil dikeliling­i semua penyerangn­ya tersebar luas di media sosial.

Serbuan pada lewat Jumaat itu dilakukan di kawasan kejiranan miskin yang menjadi pusat kegiatan jenayah atau dikenali sebagai ‘favelas’ di barat Rio de Janeiro.

Media tempatan melaporkan, sekumpulan suspek cuba melarikan diri ke ‘favelas’ lain di bahagian utara, namun berjaya dihalang dan dibunuh pasukan polis.

Keselamata­n awam di bandar itu semakin memburuk sejak Sukan Olimpik Rio 2016 berakhir susulan ketiadaan bajet mencukupi dan skandal rasuah yang berleluasa.

Memetik ketidakupa­yaan pihak polis dalam mengawal sindiket dadah yang lengkap bersenjata sebagai faktor utama, Kerajaan Persekutua­n pada Februari lalu mengarahka­n pihak tentera mengambil alih kawalan keselamata­n di Rio de Janeiro.

Langkah itu membolehka­n jeneral tentera mengambil alih peranan dan kuasa pegawai atasan pasukan polis, sekali gus meningkatk­an khidmat anggota tentera bagi membantu pihak berkuasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia