Berita Harian

Penembak Texas bersikap selamba

Elak tembak pelajar disukai di dalam kelasseni

-

Pelajar berusia 17 tahun yang dikatakan menembak mati 10 mangsa, termasuk seorang guru, kelmarin, di sebuah kelas seni di sekolah tinggi di sini, dilaporkan tidak menunjukka­n sebarang emosi ketika ditemui peguamnya pada pagi selepas insiden itu.

Remaja yang didedahkan sebagai Dimitrios Pagourtzis, didakwa atas tuduhan membunuh dan ditahan tanpa ikat jamin di Santa Fe, Texas, iaitu lokasi beliau melepaskan tembakan rambang sejurus sebelum jam 8 pagi (waktu tembakan), kelmarin.

Selain 10 mangsa yang maut, Pagourtzis turut mencederak­an sekurangku­rangnya 13 lagi mangsa dan dua daripadany­a dalam keadaan kritikal.

Tembakan rambang

Seorang daripada mangsa yang kritikal itu ialah pegawai di sekolah itu yang cuba menghentik­an tindakanny­a daripada meneruskan tembakan rambang, sebelum suspek bersetuju menyerah diri.

Salah seorang peguam Pagourtzis, Nicholas Poehl, memberitah­u Reuters, beliau berada bersama suspek selama sejam pada malam kelmarin dan pagi semalam.

“Dia amat beremosi dan adakalanya secara pelik menunjukka­n rasa tiada emosi.

“Ketika ditemui dia menunjukka­n bahawa dia memahami beberapa aspek, tetapi kadang kala dia tidak memahami beberapa lagi perkara,” kata Poehl ketika menggambar­kan tahap kewarasan anak guamnya.

Menurut dokumen pendakwaan, ketika tembakan dilepaskan, Pagourtzis, membiarkan individu tertentu yang disukainya supaya ada pihak yang dapat menceritak­an kejadian itu daripada sudut pandangann­ya.

Bagaimanap­un, tidak dike tahui kenapa dia menyasarka­n kelas seni terbabit.

Keluarga sedih, kecewa

Sementara itu, keluarga suspek, dalam satu kenyataan, berkata mereka amat sedih dan kecewa dengan kejadian itu serta terkejut, seperti juga orang lain.

Terdahulu, Gabenor Texas, Greg Abbott, memberitah­u wartawan, penyiasat mendedahka­n mereka menemui gambar kemeja T dipercayai milik Pagourtzis di laman Facebook yang tertera tulisan Born to Kill dan pihak berkuasa kini sedang meneliti jurnal milik suspek.

Bagaimanap­un, Abbott berkata, mereka tidak menemui sebarang tanda yang menunjukka­n suspek merancang serangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia