Berita Harian

Melania pulang ke Rumah Putih

-

Washington: Wanita Pertama Amerika Syarikat, Melania Trump dibenarkan pulang ke Rumah Putih semalam, selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan benigna pada buah pinggangny­a.

Presiden Donald Trump, berkata isterinya itu berada dalam keadaan sihat dan menunjukka­n perkembang­an memberangs­angkan.

“Kami sangat gembira menyambut kepulangan Wanita Pertama yang sungguh hebat ini ke Rumah Putih,” kata presiden itu di Twitter.

Pengarah Komunikasi Melania, Stephanie Grisham, berkata bekas Presiden Amerika Syarikat model kelahiran Slovenia itu menjalani pembedahan kecil untuk membuang sedikit ketumbuhan pada buah pinggangny­a.

Pembedahan embolisasi itu dilakukan bagi menyekat pengaliran darah terhadap ketumbuhan atau tumor.

Lazimnya pembedahan itu dilakukan ke atas pesakit luar, namun bukan sesuatu yang luar biasa jika pesakit memilih untuk dimasukkan ke wad bagi mengurangk­an kesakitan selepas pembedahan.

Rumah Putih tidak mendedahka­n punca Melania berada lebih lama di hospital.

 ??  ?? Melania Trump dibenarkan pulang ke Rumah Putih semalam, selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada buah pinggangny­a.
Melania Trump dibenarkan pulang ke Rumah Putih semalam, selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada buah pinggangny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia