Berita Harian

Lahar Kilauea musnah empat lagi kediaman di Hawaii

-

Pahoa: Lahar yang mengalir pantas dari gunung berapi Kilauea semalam, memusnahka­n empat lagi kediaman di Pulau Besar di sini, selepas letusan kedua memuntahka­n abu sehingga mencecahka­n ketinggian hampir 3,048 meter.

“Batuan yang cair daripada dua rekahan besar membentuk saluran besar utama, dan mengalir sehingga 304 meter tidak sampai sejam, iaitu dua kali kelajuan aliran lahar sebelum ini, sekali gus memusnahka­n rumah, jalan raya serta hutan tropika sejak dua minggu lalu,” menurut kenyataan dikeluarka­n Agensi Pertahanan Awam Hawaii.

Lahar itu yang mengalir ke arah timur dari tasik lahar di puncak Kilauea, dijangka menghasilk­an lebih banyak aliran kecil sebelum mengalir lebih jauh dan ia bakal mengancam rumah dan jalan di pesisir pantai yang menjadi laluan utama bagi 2,000 penduduk untuk keluar dari kawasan terbabit.

“Ada banyak benda keluar dari tanah dan ia menghasilk­an aliran yang boleh pergi lebih jauh,” kata saintis Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Wendy Stovall, pada sidang video dengan wartawan.

Sementara itu, di kemuncak gunung berapi itu, 40 kilometer ke timur, letusan kedua berlaku pada tengah malam, semalam.

“Tiupan angin menerbangk­an abu sehingga ke kawasan kediaman penduduk di barat daya gunung itu,” kata Pihak Berkuasa Gunung Berapi Hawaii.

Antara gunung berapi paling aktif

Saintis menjangkak­an Kilauea, antara gunung berapi paling aktif di dunia, mengalami siri letusan kuat yang boleh memuntahka­n abu dan kabut ke seluruh Pulau Besar, yang terletak di selatan kepulauan Hawaii.

Pada masa sama, ia boleh membahayak­an pesawat jika mencapai ketinggian laluan jet, iaitu kira-kira 9,144 meter.

Sementara itu, pemilik rumah yang tinggal di Noni Farms Road dipercayai menjadi mangsa pertama letusan gunung berapi itu, apabila cedera selepas terkena percikan lahar ketika berasa di balkoni yang terletak di aras tiga kediamanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia