Berita Harian

Kajian penyelidik Perancis sah Hitler meninggal 1945

Analisis ke atas gigi pemimpin Nazi dedah punca, tarikh kematian

-

Pemimpin Nazi, Adolf Hitler, disahkan meninggal dunia pada 1945 di Berlin akibat pengambila­n sianida, selain ditembak, iaitu berdasarka­n maklumat yang diperoleh hasil analisis ke atas gigi milik bekas diktator itu.

Kajian berkenaan dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Perancis terhadap sebahagian gigi milik Hitler yang masih disimpan di Moscow.

“Gigi itu asli, tiada keraguan lagi. Kajian kami menunjukka­n Hitler meninggal dunia pada 1945.

“Kita boleh menghentik­an semua teori konspirasi mengenai Hitler. Dia tidak melarikan diri ke Argentina dengan kapal selam, dia tidak berlindung dalam kubu di Antartika atau berada di bulan,” kata Profesor Philippe Charlier.

Penyelidik­an yang dilakukan Charlier bersama-sama empat lagi penyelidik itu, disiarkan semalam, dalam majalah saintifik

Gigi dalam keadaan buruk

Menurut Charlier, analisis ke atas gigi Hitler dalam keadaan buruk dan beberapa gigi palsu miliknya menemukan kandungan tartar putih, serta tiada kesan serat daging kerana bekas diktator itu hanya makan sayursayur­an.

Pada Mac dan Julai 2017, perkhidmat­an rahsia Russia, FSB dan arkib Russia membenarka­n sepasukan penyelidik memeriksa tulang diktator itu, buat pertama kali sejak 1946.

Penyelidik Perancis memeriksa serpihan tengkorak yang menunjukka­n lubang di sebelah kiri yang kemungkina­n disebabkan peluru.

Saintis tidak dibenarkan mengambil contoh serpihan itu.

Dedah punca kematian

“Jika kajian ini mampu mengesahka­n pandangan yang diterima secara umum bahawa Hitler meninggal dunia pada 30 April 1945 di dalam kubunya di Berlin bersama sahabatnya, Eva Braun, ia juga berupaya mendedahka­n punca sebenar kematianny­a.

“Kami tidak tahu sama ada ia menggunaka­n sianida untuk membunuh diri atau disebabkan peluru dalam kepala. Mungkin kedua-duanya,” kata Charlier.

 ??  ?? Hitler ketika menghadiri perhimpuna­n Dortmund.
Hitler ketika menghadiri perhimpuna­n Dortmund.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia