Berita Harian

Penunggang basikal maut dibaham singa

-

Washington: Seorang penunggang basikal gunung maut, manakala rakannya parah selepas dibaham seekor singa gunung di sebuah kawasan hutan berdekatan North Bend di sini, 48 kilometer dari timur Seattle, kelmarin.

Ia adalah kes kedua seumpamany­a dalam tempoh 100 tahun di Amerika Utara.

Jurucakap pejabat sherif King County, Sarjan Ryan Abbot, berkata kejadian berlaku pada jam 11 pagi (waktu tempatan) apabila kedua-dua mangsa bertembung dengan haiwan berkenaan ketika sedang menunggang basikal di lokasi kejadian.

Abbot berkata, penunggang pertama diserang terlebih dulu dan mengalami kesan luka agak yang dalam, manakala penunggang kedua diseret singa gunung itu ke habitatnya di hutan berhampira­n.

“Mangsa yang cedera mengayuh basikal sejauh 3.2 kilometer untuk menghubung­i 911 bagi mendapatka­n bantuan.

“Pihak polis memandu sepanjang laluan itu sebelum menemui basikal mangsa dan masuk ke dalam hutan. Mereka melihat singa gunung itu berdiri di atas mayat mangsa,” katanya.

Abbot berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan, menyebabka­n haiwan itu lari dan menggunaka­n khidmat anjing pengesan untuk menjejak singa gunung itu sebelum membunuhny­a.

“Mangsa yang parah dibawa ke sebuah hospital di Seattle, kini dilaporkan dalam keadaan baik,” katanya.

 ?? [FOTO AGENSI] ?? Anggota polis memeriksa bangkai singa gunung yang ditembak kerana menyerang penunggang basikal hingga maut di kawasan hutan berdekatan North Bend, Washington.
[FOTO AGENSI] Anggota polis memeriksa bangkai singa gunung yang ditembak kerana menyerang penunggang basikal hingga maut di kawasan hutan berdekatan North Bend, Washington.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia