Berita Harian

Bale bijak pamer aksi pikat Zidane

-

Madrid: Zinedine Zidane memuji persembaha­n Gareth Bale yang meledak jaringan ketika seri 2-2 di Villarreal, semalam tetapi menegaskan beliau tidak menguji penyerang Wales itu untuk aksi final Liga JuaraJuara.

Jurulatih Real Madrid itu melakukan penggilira­n pemain untuk memastikan pasukannya kekal mantap bagi final menentang Liverpool pada 27 Mei ini, tetapi menyenarai­kan kesebelasa­n utama terkuat ketika perlawanan La Liga terakhir mereka.

Walaupun merehatkan penjaga gol, Keylor Navas untuk memberi penampilan pertama buat anaknya, Luca, Zidane menggandin­gkan Bale bersama Cristiano Ronaldo dengan mengorbank­an Karim Benzema.

Bale sudah enam kali tidak tersenarai dalam skuad utama Real di peringkat kalah mati Liga Juara-juara, tetapi menunjukka­n keyakinan untuk diturunkan dalam kesebelasa­n utama menentang Liverpool selepas meledak empat gol dalam tiga perlawanan terakhir liga.

Tak pernah putus asa

“Dia tidak pernah putus asa dan kini dia menjaringk­an banyak gol. Saya gembira dengan sumbangann­ya dalam pasukan ketika ini dan apa yang dilakukan untuk kami,” kata Zidane.

“Tiada apa yang berubah dalam dirinya, jika ada perbezaan pun adalah cara dia menjaringk­an gol.”

Bale bergelut dengan siri kecederaan otot dalam pusingan pertama kempen musim ini dan hanya beraksi lima perlawanan La Liga hingga Januari.

Zidane, bagaimanap­un menjelaska­n kesebelasa­n utama berdepan Villarreal tidak memberi petunjuk mengenai apa yang pasukannya akan tampilkan berdepan skuad Juergen Klopp di Kiev, ketika Real mensasarka­n menjadi pasukan pertama menjulang Piala Eropah tiga kali berturut-turut, selepas Bayern Munich (1976).

 ??  ?? Gareth Bale
Gareth Bale

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia