Berita Harian

Kemenangan rai perpisahan Buffon

-

Turin: Legenda Itali, Gianluigi Buffon membuat penampilan terakhirny­a di Juventus sekali gus menutup karier 17 tahun bersama gergasi Turin itu dengan kemenangan 2-1 ke atas pasukan yang tersingkir Verona, semalam.

Buffon yang mengetuai Juventus meraih gelaran Serie A ketujuh dan Piala Itali keempat berturut-turut bermain sehingga pertengaha­n babak kedua.

Ia adalah kemunculan ke-656 penjaga gol berusia 40 tahun itu yang tiba ke Turin pada 2001 dari Parma dengan rekod perpindaha­n 52 juta euro (RM243.53 juta).

Kapten itu digantikan oleh jurulatih Massimilia­no Allegri pada minit ke-63 untuk menerima penghormat­an 40,000 penyokong Juventus yang menangisi pemergian bintang veteran berkenaan.

Skuad yang diberi jolokan Old Lady selesa mendahului dua gol hasil sumbangan Daniele Rugani pada minit ke-49 dan Miralem Pjanic tiga minit selepas Buffon digantikan.

Dia memeluk semua rakan sepasukann­ya di dalam padang mahupun di bangku simpanan, dan kemudianny­a meninggalk­an padang.

Penjaga gol, Carlo Pinsoglio yang masuk menggantik­an Buffon membuat penampilan sulungnya di Serie A, tetapi Alesio Cerci merapatkan jurang pada minit ke-76 untuk menafikan pemburuan rekod 23 perlawanan tanpa bolos Juventus.

Tak mahu keistimewa­an

Buffon berkata dia tidak mahu apa-apa layanan istimewa untuk penampilan terakhirny­a ini. “Saya mahu mengharung­i hari ini secara normal. Saya tidak meminta apapun kecuali apa yang sudah dimiliki iaitu harga diri, rasa hormat dan kasih sayang.

“Selebihnya tidak perlu kerana sejak daripada zaman kanak-kanak saya tidak suka menyambut sambutan hari lahir dan tidak suka diberi perhatian,” kata Buffon.

Sambutan wira itu sebenarnya bermula sejak kali pertama dia melangkah masuk ke padang apabila penyokong Juventus memberi tepukan gemuruh dan menyanyi.

Buffon menuju ke dalam padang ditemani tiga anaknya dengan mendukung anak bongsunya, Leopaldo yang dipimpin teman wanitanya, Ilaria D’amico sementara Louis Thomas dan David Lee pula dipimpin bekas isterinya, Alena Seredova.

 ??  ?? Buffon menjulang trofi selepas Juventus menewaskan Verona di Turin.
Buffon menjulang trofi selepas Juventus menewaskan Verona di Turin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia