Berita Harian

Taktik Chelsea memalukan: Mourinho

-

United Kingdom: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berasa malu dengan taktik seteru lamanya, Antonio Conte ketika pasukannya gagal memecahkan benteng kebal Chelsea ketika tewas final Piala FA, 1-0 pagi semalam.

Penalti minit ke-22 oleh Eden Hazard menjadi pemisah antara dua pasukan dan terus memastikan musim kedua Mourinho di Old Trafford berakhir tanpa trofi.

United melalui musim Liga Perdana jauh lebih baik berbanding Chelsea ketika skuad kendalian Conte gagal ke Liga Juara-juara, apabila menamatkan saingan di tangga kelima setahun selepas bergelar juara.

Walaupun menamatkan saingan di tangga kedua liga di belakang Manchester City, pendekatan Mourinho banyak dikritik musim ini kerana kurang sentuhan dan permainan menarik seperti ditunjukka­n City dan finalis Liga Juara-juara, Liverpool.

Sering bertelagah

“Saya mengucapka­n tahniah kepada mereka kerana mereka menang tetapi saya tidak rasa mereka berhak menang,” kata Mourinho.

“Saya curiga untuk membaca hari ini dan esok, untuk melihat, mendengar pendapat anda (media).”

Mourinho dan Conte sering bertelagah sejak pengendali Chelsea itu tiba di England dua tahun lalu.

Namun secara taktikal mereka kelihatan sama walaupun Mourinho mengkritik­nya, kekuatan pertahanan Chelsea mendapat inspirasi daripada organisasi baik Conte dan ia dilakukan Mourinho ketika meraih banyak trofi dalam kariernya.

Mourinho juga menyatakan pada malam sebelum perlawanan bahawa dia tidak faham apa dikatakan media mengenai ‘menghiburk­an.’ AFP

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Mourinho menenangka­n Ashley Young selepas perlawanan piala FA.
[ FOTO REUTERS ] Mourinho menenangka­n Ashley Young selepas perlawanan piala FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia