Berita Harian

Chong Wei suntik semangat rakan

-

Bangkok: Bekas pemain nombor satu dunia, memainkan peranan yang berbeza apabila mengetuai sesi membina semangat berpasukan menjelang pertemuan Piala Thomas menentang Russia, hari ini.

Kapten pasukan berusia 36 tahun menjelaska­n sesi berkenaan mencapai sasaran apabila bercakap secara jujur dan ikhlas tanpa menyembuny­ikan perasaan mereka.

"Selepas makan malam semalam (Sabtu), 10 pemain serta tiga rakan sepelatih berkumpul untuk satu sesi ringkas bercerita mengenai perasaan kami menjelang aksi pembukaan.

“Sesetengah pemain sudah bersedia untuk beraksi, manakala ada yang masih cuba mendapatka­n aura kejohanan. Ia bagus kerana pemain senior seperti saya dan Wee Kiong (penolong kapten) bersedia memberikan nasihat.

Berlatih bersungguh-sungguh

“Hanya diri sendiri yang tahu kami berlatih dengan bersungguh-sungguh sejak beberapa bulan lalu, jadi saya menasihatk­an mereka tidak menunggu sehingga saat akhir jika mahu melakukan sesuatu.

“Dewan latihan sangat panas dengan sesetengah pemain mengadu kesakitan di bahagian badan. Saya sarankan mereka mendapatka­n khidmat urut secepat mungkin. Kita hanya mempunyai empat tukang urut dengan jumlah keseluruha­n adalah 20 pemain,” katanya selepas latihan di Dewan Badminton Hippocampu­s.

Chong Wei, yang membayangk­an ia adalah penampilan terakhirny­a di Piala Thomas, mengesahka­n dia akan turun sebagai perseorang­an pertama Malaysia menentang Russia dalam Kumpulan D.

“Ia perlawanan yang penting, saya akan beraksi dalam perlawanan pembukaan menentang Russia.

“Tahun ini Russia sangat seimbang, adalah penting bagi kami melakar keputusan yang baik menentang mereka kerana hanya dua pasukan teratas kumpulan mara ke peringkat kalah mati.

“Saya turut menyaranka­n rakan sepasukan agar beraksi dengan sepenuh hati. Berikan apa yang anda ada dan tidak perlu bimbang hasilnya nanti, tambah Chong Wei, yang dijangka berdepan pemain nombor 51 dunia, Vladimir Malkov, hari ini.

Malaysia yang kali terakhir menjuarai Piala Thomas pada 1992 diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara bertahan, Denmark dan juara Afrika, Algeria serta Russia. 10.00 pagi

Denmark lwn Algeria 10.00 pagi Kumpulan B - Korea Selatan Kanada 3.00 ptg

Kumpulan A - China

8.00 malam

India lwn Australia 8.00 malam lwn lwn Perancis

Piala Uber

Kumpulan A

10.00 pagi

India lwn Australia 3.00 ptg Kumpulan D - Indonesia lwn 3.00 ptg

Kumpulan B - Thailand

Kong 8.00 mlm

Kumpulan C- Denmark lwn Mauritius 3.00 ptg

Korea Selatan lwn Russia 8.00 mlm

- Jepun

lwn

Kanada lwn Hong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia