Berita Harian

Hadiah pemenang LTDL dibayar minggu depan

-

Kuala Lumpur: Semua pemenang Le Tour de Langkawi (LTDL) 2018 kini boleh menarik nafas lega kerana bakal menerima wang hadiah kemenangan masingmasi­ng, seawal minggu depan.

Ketua Pegawai Operasinya, M Kumaresan, berkata pihaknya sudah menghantar senarai penuh nama individu dan pasukan yang menang setiap peringkat LTDL 2018 kepada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), April lalu.

Kumaresan mengesahka­n pihaknya sudah menerima sejumlah peruntukan daripada KBS pada 7 Mei lalu bagi membolehka­n Ciclista Sports Sdn Bhd (penganjur LTDL) menjelaska­n bayaran wang hadiah kemenangan secepat mungkin.

“Kita sedang membuat pengiraan jumlah yang patut dibayar kepada pemenang individu atau pasukan, sekali gus membolehka­n mereka menerima bayaran wang hadiah kemenangan yang akan dikreditka­n ke akaun masingmasi­ng.

Kenyataan rasmi

“Kami juga akan mengeluark­an kenyataan media rasmi mengenai jumlah sebenar wang hadiah dibayar kepada pemenang selepas semua bayaran diselesaik­an nanti,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kumaresan juga berharap kerajaan akan terus memberi kepercayaa­n kepada Ciclista untuk menganjurk­an LTDL 2019 seperti kontrak ditandatan­gani bersama KBS, sebelum ini.

Tambahan pula, Kumaresan berkata pihaknya berjaya menganjurk­an LTDL 2018 dengan begitu cemerlang dan lancar tanpa sebarang masalah besar.

Perlumbaan LTDL 2018 sejauh 1,341 kilometer (km) bermula 18 hingga 25 Mac lalu yang disertai 22 pasukan termasuk dua berstatus Pro Tour iaitu Astana Pro Team dan Dimension Data itu dimenangi pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Artem Ovechkin dari Russia.

Wakil pasukan tempatan, Team Sapura Cycling (TSC), Zawawi Azman, 24, dinobatkan selaku pelumba terbaik negara di LTDL 2018.

 ?? [ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH ] ?? Pelumba basikal Malaysia ketika Kejohanan Lumba Basikal Asia (ATC) 2018 yang diadakan di Velodrom Nasional Nilai Februari lalu.
[ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH ] Pelumba basikal Malaysia ketika Kejohanan Lumba Basikal Asia (ATC) 2018 yang diadakan di Velodrom Nasional Nilai Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia