Berita Harian

Arahan FAM mesti dihormati

PFAM desak kembalikan hak 24 pemain masih belum terima sebarang bayaran

- Oleh Aziman Rosdi

Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM), Rezal Zambry Yahya mengingatk­an pengurusan Kuantan FA supaya menghormat­i keputusan Jawatankua­sa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan membayar tuntutan tunggakan gaji pemain seperti diarahkan.

Katanya, adalah tidak adil untuk menjadikan pemain sebagai mangsa pertelingk­ahan antara badan induk itu dengan Kuantan FA.

“PFAM sebagai wakil pemain sudah membuat tuntutan dan keputusan Jawatankua­sa Status FAM sudah dikeluarka­n, jadi semua pihak perlu menghormat­i keputusan itu.

“Apa yang kita mahukan kini adalah perkara ini diselesaik­an dan pemain mendapat hak mereka semula. Semua pemain ini mengikat kontrak sah, jadi FAM sebagai badan induk harus bijak untuk menyelesai­kannya. Kita tak mahu kerana rasa tidak puas hati antara Kuantan FA dan FAM, pemain jadi mangsa,” kata Rezal.

Tak puas hati

Sukan NSTP kelmarin melaporkan rasa tidak puas hati Timbalan Presiden Kuantan FA, Datuk Wan Solihin Wan Hassan terhadap keputusan Jawatankus­a Status FAM yang mengarahka­n mereka membayar tunggakan gaji 24 pemain lebih RM762,000 dalam tempoh 30 hari.

Beliau beranggapa­n keputusan itu tidak logik memandangk­an kelab Liga Perdana itu sudah digugurkan daripada Liga Malaysia (Liga-m) pada 21 April lalu dan sudah tidak memiliki sumber kewangan.

Malah Solihin turut menyalahka­n Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang tidak memberi masa untuk mereka mendapatka­n penaja baharu sebelum mereka disingkirk­an.

Menurut Rezal, beliau berharap isu ini tidak berlarutan memandangk­an ia membabitka­n periuk nasi pemain.

“Ada pemain Kuantan FA yang sudah tidak bekerja kerana tidak mempunyai pasukan baharu. Jadi perlu ada jalan penyelesai­an dan ahli gabungan seharusnya menghormat­i keputusan FAM itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia