Berita Harian

Ilham enggan mengaku kalah

-

Kuala Lumpur: Pemain import dari Indonesia, Ilham Udin Armaiyn masih bersemanga­t untuk terus bersama Selangor meskipun prestasiny­a setakat ini mengundang kritikan segelintir penyokong sendiri.

Ilham, 22, menyarung jersi Red Giants pada awal musim ini dengan penyokong meletakkan harapan tinggi kepadanya untuk memberikan impak bersama rakan senegara, Ivan Dimas.

Namun ada yang melihat permainan pemain sayap ini sebagai sederhana saja apatah lagi masih gagal mencetak gol selepas 10 perlawanan liga, sehingga mengundang spekulasi dia antara pemain yang bakal digugurkan pada tempoh perpindaha­n kedua pemain bulan ini.

Bagaimanap­un Ilham tidak cepat mengalah dengan kritikan itu sebaliknya mahu terus membantu Selangor memperbaik­i kedudukan di tangga ke-8 Liga Super ketika ini.

Tiada tekanan

“Saya tidak ada tekanan (gagal menjaringk­an gol), mungkin belum ada rezeki untuk saya. Ini risiko saya sebagai pemain import, harus terima sebarang tekanan dengan baik dan saya masih bersemanga­t untuk bersama Selangor,” Kata bekas pemain kelab juara Liga 1 Indonesia, Bhayangkar­a FC itu.

Ilham ditemui pada sesi latihan pertama Selangor di bulan Ramadan di bawah kendalian jurulatih, Nazliazmi Mohamad Nasir bagi menghadapi aksi Liga Super menentang PKNP FC, di Stadium Negeri, Pulau Pinang, Rabu ini.

Pemain kebangsaan Indonesia itu percaya, mereka mampu untuk memperbaik­i kedudukan liga meskipun mengharung­i lima perlawanan mencabar sepanjang Ramadan ini.

“Ini bukan kali pertama saya berpuasa di luar negara. Masa di Indonesia dulu, saya juga pernah berpuasa di luar negara dan berlatih di bulan Ramadan, jadi saya sudah biasa.

“Pemain kena berusaha keras lagi dan mudah-mudahan akan diberi rezeki untuk Selangor berada di posisi lebih baik,” kata Ilham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia