Berita Harian

Kerajaan Sarawak guna pendirian berdiploma­si

Tunggu pengumuman Pusat isu peruntukan kepada negeri

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Kerajaan Sarawak mengambil pendirian untuk berdiploma­si dengan layanan bakal diterima selepas 14 menteri Kabinet Persekutua­n diterajui Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah di Istana Negara, Kuala Lumpurhari­ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanakkanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata negeri ini tentunya memerlukan peruntukan lebih besar bagi memastikan kebajikan rakyat, terutama golongan memerlukan kekal terbela.

“Kita samasama tunggu pengumuman selepas masingmasi­ng (Jemaah Menteri) mengangkat sumpahesok(hariini).

“Beri masa kepada mereka untuk memahami bidang tugas dan tanggungja­wab masingmasi­ng,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, semalam.

Bersikap positif

Reaksi Fatimah yang juga menteri kanan negeri ini jelas memperliha­tkan kerajaan Sarawak mengambil pendekatan positif demi kepentinga­n rakyat negeri ini yang masih memerlukan peruntukan besar Kerajaan Pusat bagi pembi naanprasar­ana.

Fatimah yang juga Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ketika mengulas lanjut berkata, kerajaan negeri memohon agar kerajaan baharu berlaku adil kepada rakyat negeri ini.

Rabu lalu, PBB mencapai keputusan untuk menilai semula kedudukann­ya dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak selepas BN tumbang sebagai Kerajaan Persekutua­n pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Justeru, pendekatan berbaikbai­k dan tidak memberi tekanan kepada Kerajaan Persekutua­n adalah strategi diplomasi terbaik, lebihlebih lagi PBB selaku parti tunjang BN Sarawak sudah tawar hati untuk kekal sebagai komponen BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia