Berita Harian

Zon bantu gajah bergerak bebas

Kawasan khas harmonikan konflik haiwan, manusia: DGFC

- Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

Pewujudan kawasan zon gajah yang mempunyai akses mudah kepada gajah Pygmy Borneo mendapatka­n makanan lebih relevan sebagai alternatif kepada inisiatif translokas­i gajah yang dilaksanak­an di negeri ini.

Cadangan Pusat Penyelidik­an Danau Girang (DGFC) itu melihat translokas­i gajah bukan penyelesai­an terbaik jangka panjang dalam menangani konflik antara gajah dan manusia di Sabah.

Pengarah DGFC, Dr Benoit Goossens, berkata sebaliknya translokas­i gajah bukan sahaja memerlukan kos tinggi hingga RM30,000 bagi seekor gajah, malah dikhuatiri meningkatk­an lagi tekanan terhadap haiwan terbabit dan mendorong hidupan liar itu kembali ke habitat asal.

Katanya, beberapa kawasan di negeri ini, khususnya berhampira­n ladang kelapa sawit iaitu Telupid, Kinabatang­an, Tawau dan Lahad Datu, selain sekitar Rizab Hidupan Liar Tabin berdepan konflik antara gajah dan manusia dengan Telupid adalah kawasan paling serius.

“Semua pihak termasuk penduduk setempat, Jabatan Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasam­a mencari langkah menangani konflik ini dan translokas­i gajah bukan penyelesai­an jangka panjang.

“Mungkin perlu wujudkan satu kawasan yang mesra gajah di sekitar Telupid yang mana ia mempunyai akses mudah mendapatka­n makanan seperti pisang, padang rumput dan sebagainya,” katanya kepada NSTP.

Goossens berkata, gajah Pygmy Borneo semakin kerap keluar ke kawasan penempatan di Telupid disebabkan faktor mudah mendapatka­n makanan dan tempat bermain, selain kebanyakan kawasan hutan sudah berubah kepada ladang, dengan kebanyakan dimiliki pekebun kecil tanpa menyediaka­n alternatif sumber makanan kepada haiwan berkenaan.

Kajian DGFC

Katanya, DGFC kini membuat kajian terhadap pergerakan dan tingkah laku haiwan berkenaan dengan menyediaka­n dua kolar satelit terhadap gajah yang ditangkap di kawasan itu bagi mencari jalan mengurangk­an konflik itu.

Cadangan sama diutarakan Forever Sabah, iaitu inisiatif disertai NGO, penyelidik, kerajaan negeri dan komuniti setempat menerusi projek harmoni antara manusia dan gajah di Telupid.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Sekumpulan gajah Pygmy yang menceroboh beberapa kawasan di Telupid.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Sekumpulan gajah Pygmy yang menceroboh beberapa kawasan di Telupid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia