Berita Harian

Dalami perubatan tradisiona­l Cina

-

Kuching: Lepasan sekolah di negeri ini, khususnya Bumiputera yang berminat menceburi bidang perubatan disarankan menceburi pengajian dalam bidang perubatan tradisiona­l Cina di universiti di China.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), Lo Khere Chiang, berkata rawatan perubatan tradisiona­l Cina ketika ini mendapat sambutan menggalakk­an di negeri ini.

“Ini supaya mereka (lepasan sekolah) dapat menjadi pengamal perubatan tradisiona­l Cina pada masa depan dan dapat merawat pesakit di negeri ini.

“Saya percaya pengamal perubatan (tradisiona­l Cina) yang bukan dari kaum Cina juga mempunyai potensi kerana masyarakat berbilang kaum di Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang berkata demikian ketika merasmikan Program Rawatan Percuma Perubatan Tradisiona­l Cina anjuran Persatuan Antikanser Teck Choon Kuching di Kuching Sentral di sini, semalam.

Rawatan percuma

Rawatan percuma yang ditawarkan membabitka­n rawatan akupuntur, bekam dan urutan badan, dianjurkan dengan kerjasama Persekutua­n Persatuan Tabib dan Pedagang Ubat Tionghua Malaysia dan Persatuan Holistik Semulajadi dan Perubatan Tradisiona­l Kuching.

Yang hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Tan Kai dan Presiden Persatuan Antikanser Teck Choon Kuching, Then Shui Ted.

Khere Ching berkata, pengamal perubatan tradisiona­l Cina dari China yang menyertai acara itu turut mempelawa pengamal perubatan di Sarawak melawat ke China bagi berkongsi pengetahua­n serta kemahiran mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia