Berita Harian

Lagi logo 1Malaysia diturunkan

-

Kota Kinabalu: Selepas diturunkan di Tawau kelmarin, logo 1Malaysia pula ditanggalk­an dari Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di Kota Kinabalu, semalam.

Kerja menurunkan logo itu di UTC, Jalan Belia di sini, bermula jam 10.30 pagi membabitka­n beberapa pekerja kontrak dengan menggunaka­n kren.

Di Miri, logo 1Malaysia di UTC Miri dekat Majlis Bandaraya Miri di sini, pula diturunkan pekerja penyelengg­araan, kelmarin.

Tinjauan NSTP mendapati kerja menurunkan logo itu mengambil masa kirakira sejam, bermula jam 9 pagi menggunaka­n sebuah kren.

Logo 1Malaysia itu adalah cetusan idea bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan akan menukar gagasan 1Malaysia kepada slogan baharu.

UTC berperanan sebagai pusat sehenti yang menempatka­n agensi serta jabatan Kerajaan Pusat dan negeri bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan kerajaan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia