Berita Harian

Sate Kong tarikan Sarikei

-

Sarikei: Bermula dengan niat mengisi masa terluang dan menambah pendapatan keluarga, Abang Yusuf Abang Wasli, 63, tidak menyangka ‘Sate Kong’ yang dijual di hadapan rumahnya di Taman Susur Jambu di sini, mendapat sambutan luar biasa.

Berkat usaha pesara kerajaan ini memperkena­lkan kelainan pada sate itu, beliau kini boleh berbangga apabila perniagaan­nya laris dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk setempat, terutama setiap kali keti baan Ramadan.

Abang Yusuf berkata, beliau mula berniaga sejak setahun lalu, namun idea menghasilk­an sate berkenaan timbul selepas membeli kopi diletakkan dalam tin kecil atau dikenali sebagai ‘kong’ dalam kalangan penduduk setempat ketika bercuti bersama keluarga di Kuching.

Sambutan menggalakk­an

“Sekembalin­ya ke Sarikei, saya mencuba kelainan dengan meletakkan sate dibakar dalam ‘kong’ bersama kuah yang diadun dengan resipi istimewa. Harganya pula bergantung pada jumlah dan saiz sate di dalamnya.

“Mungkin sudah rezeki, saya tidak menyangka sama sekali pelanggan memberikan sambutan begitu positif dan sejak itu, sate ini dikenali sebagai sate kong,” katanya kepada NSTP di sini.

Yusuf berkata, sate dihasilkan­nya memiliki keistimewa­an tersendiri, malah beliau menggunaka­n ramuan turuntemur­un diwarisi keluargany­a.

 ?? [ FOTO KHALID LATIP / BH ] ?? Abang Yusuf menunjukka­n Sate Kong yang dijualnya di Taman Susur Jambu, Sarikei.
[ FOTO KHALID LATIP / BH ] Abang Yusuf menunjukka­n Sate Kong yang dijualnya di Taman Susur Jambu, Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia