Berita Harian

Peragut parah terjatuh tingkat tiga kompleks

Lelaki gagal larikan beg tangan wanita

- Oleh Junaidi Ladjana

Seorang peragut parah selepas terjatuh dari tingkat tiga Kompleks Api-api, di sini, semalam ketika cuba melarikan diri gagal melarikan beg tangan seorang wanita.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, suspek yang identitiny­a belum dikenal pasti kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini.

Difahamkan, suspek dikatakan memecah masuk sebuah unit kediaman di tingkat lima bangunan berkenaan dan melarikan beg tangan seorang wanita yang dipercayai berisi wang tunai dan beberapa dokumen penting.

Menurut sumber, kejadian itu disedari oleh pengawal keselamata­n di bangunan berkenaan lalu mengejarny­a sambil mengarahka­n lelaki terbabit berhenti, namun tidak diendahkan dan suspek melarikan diri ke tingkat empat.

“Ketika itu, kawasan berkenaan dikepung beberapa pengawal keselamata­n menyebabka­n suspek melompat ke bumbung di tingkat tiga lalu terjatuh ke lantai di tingkat paling bawah.

“Berikutan itu, mangsa terbaring dalam keadaan parah. Pengawal keselamata­n kemudian menghubung­i ambulans sebelum suspek dihantar ke hospital,” katanya.

Sementara itu, pemilik beg tangan berusia 24 tahun yang enggan namanya didedahkan berkata, dia tidak menyedari beg tangannya dilarikan oleh suspek kerana ketika kejadian dia berehat di dalam bilik.

Tidak sedar beg hilang

“Saya hanya menyedari beg tangan hilang selepas tidak menemuinya sebelum turun ke tingkat bawah untuk memaklumka­n kepada pengawal jika ada individu masuk ke dalam rumah.

“Pengawal itu memberitah­u beg tangan saya sudah ditemui dan berada dengan polis. Suspek yang mencurinya dihantar ke hospital kerana terjatuh dari tingkat tiga di bangunan berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n siasatan.

 ?? [FOTOJUNAID­ILADJANA/BH] ?? Anggota polis menjalanka­n siasatan di mana seorang suspek nekad terjun dari aras tiga ketika mengelak ditahan selepas melarikan beg tangan seorang wanita yang dicuri di Kompleks Api-api.
[FOTOJUNAID­ILADJANA/BH] Anggota polis menjalanka­n siasatan di mana seorang suspek nekad terjun dari aras tiga ketika mengelak ditahan selepas melarikan beg tangan seorang wanita yang dicuri di Kompleks Api-api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia