Berita Harian

Suspek kes rogol remaja kenalan FB

-

Penampang: Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa merogol seorang gadis berusia 15 tahun, kelmarin.

Remaja itu mendakwa mengenali suspek berusia 41 tahun terbabit melalui Facebook yang juga kenalan ibunya.

Difahamkan, gadis terbabit yang tinggal bersama neneknya di Tamparuli di sini, dikatakan keluar rumah pada 12 Mei lalu untuk pergi mencari ibunya di Kota Kinabalu, namun menumpang tidur di rumah rakannya selama tiga hari sebelum menghubung­i suspek melalui aplikasi Whatsapp.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim, berkata suspek kemudian mengambil mangsa dan membawanya ke sebuah hotel di Kota Kinabalu dan suspek dikatakan merayu sebelum mereka melakukan hubungan seks pada 17 Mei lalu.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah bilik sewa di daerah ini dan mendakwa suspek sekali lagi merayu untuk melakukan hubungan seks.

“Bapa saudara gadis itu menemui mangsa di belakang sebuah pasar raya di daerah ini pada jam 6 petang, 17 Mei lalu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Harris berkata, ibu mangsa kemudian mengambil anak perempuann­ya itu lalu meminta menceritak­an apa yang berlaku sebelum mangsa memaklumka­n mengikut seorang lelaki dan melakukan seks sebanyak dua kali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia