Berita Harian

Bapa 8 anak ditahan kes ambil dadah

-

Tawau: Seorang bapa kepada lapan anak yang ditahan di kawasan rumah setinggan, Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 di sini, kelmarin, mengaku mengambil dadah untuk mengurangk­an tekanan hidup selepas bercerai dengan isterinya dua tahun lalu.

Suspek berusia 54 tahun itu ditahan sepasukan polis dalam serbuan sempena Operasi Cegah Jenayah Ramadan yang bermula jam 11 malam hingga 5 pagi.

Ketika ditemui media yang menyertai operasi itu, suspek pada awalnya mengaku sudah lama meninggalk­an aktiviti menghisap dadah namun mengambiln­ya semula dua hari lalu dan mendakwa mendapat beka lan hasil pemberian rakannya.

“Saya mana ada duit, mana ada kerja. Ini semua saya dapat dari kawan. Ini pun baru kali ini saya ambil sebab terlalu tertekan selepas berpisah bekas isteri saya,” kata lelaki itu.

Dalam operasi membabitka­n 19 pegawai dan 126 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau itu, seramai 20 individu, termasuk dua wanita ditahan atas pelbagai kesalahan.

Lepas gian

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, seorang suspek berusia 25 tahun mengaku mengambil dadah dua kali sehari walaupun pada Ramadan bagi melepaskan gian.

Suspek turut mengaku mengambil dadah sejak empat tahun lalu dan ibu bapanya tidak tahu mengenai ketagihann­ya kerana sering melepaskan gian di rumah rakannya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata dalam serbuan itu empat lagi lelaki berusia 17 hingga 50 tahun ditahan kerana didapati positif dadah jenis methampeth­amine dan mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dalam serbuan itu juga, enam individu didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia