Berita Harian

MARI BERSAHUR

Aktiviti di sekolah memerlukan murid sentiasa bertenaga, sekali gus pentingnya amalan sahur

- Oleh Nas Norziela Nasbah nasnorziel­a@bh.com.my

Amalan bersahur dapat membekalka­n tenaga mencukupi untuk seseorang melakukan aktiviti seharian walaupun sedang berpuasa kerana tenaga kimia yang tersimpan dalam makanan akan berubah menjadi tenaga kinetik apabila seseorang melakukan pergerakan.

Guru mata pelajaran Sains, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sri Damansara 2, Encik Muhammad Shukry Supaat, berkata amalan bersahur juga akan meningkatk­an tumpuan bagi seseorang murid di dalam kelas.

Katanya, glukosa (gula) dan karbohidra­t menggalakk­an fungsi otak, justeru menjadikan keadaan badan berada dalam keadaan sedia untuk belajar.

“Murid akan lebih selesa, tenang dan fokus terhadap sesi pembelajar­an yang berlaku di dalam kelas.

 ?? Kelebihan bersahur ??
Kelebihan bersahur

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia