Berita Harian

Pengertian puasa tingkat ibadat sempena Ramadan

-

Kuala Lumpur:

Melatih diri berpuasa pada usia kanak-kanak bukanlah satu perkara mudah kerana menuntut kesabaran bagi menjalanka­n rukun Islam ketiga itu.

Berkongsi pengalaman mula berpuasa, Dhiya Arissa Mohamad Adnan,12, menjadikan upah RM2 sehari sebagai motivasi untuk berpuasa penuh pada usia tujuh tahun.

“Upah itu sebenarnya hadiah daripada ayah untuk saya jika berpuasa penuh, namun selepas melihat kedua-dua abang berpuasa penuh, terbit semangat dalam diri untuk berpuasa dengan seikhlas hati dengan tidak mengharapk­an ganjaran.

Tekad puasa penuh

“Sering diusik ayah yang mengatakan sekiranya tidak puasa, tidak boleh beraya membuatkan saya tekad berpuasa sebulan dan untuk tahun selepas itu rasa teruja setiap kali menanti Ramadan tiba,” katanya.

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Subang Bestari itu berkata, erti puasa bukan sahaja sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi turut memberi keinsafan kepada dirinya untuk bersabar serta menyelami nasib golongan mereka yang kurang bernasib baik.

Bagi mengurangk­an rasa letih dan tidak sihat, anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu akan memastikan dirinya sentiasa berasa segar dan tidak meninggalk­an sahur setiap hari.

“Menu wajib bersahur adalah minuman malt dan nasi berlaukkan sup atau ayam.

“Bagi aktiviti harian pula, saya akan kurangkan aktiviti riadah, sebaliknya banyakkan membaca buku dan melayari internet selain membaca kisah Nabi bagi mengurangk­an rasa bosan seterusnya menambah ilmu pengetahua­n,” katanya.

Lakukan amalan sunat

Bagi Dean Amir Nazrul Azwan,12, pengalaman berpuasa penuh ketika Tahun Satu tidak memberi tekanan kepadanya kerana berpuasa sewaktu sekolah sesi petang.

“Saya tidak terasa sangat kerana bersekolah sesi petang dan seronok kerana mendapat sokongan padu daripada ibu bapa dan ahli keluarga lain.

“Melihat orang yang lebih dewasa berpuasa, saya juga tidak mahu ketinggala­n menunaikan kewajipan Rukun Islam ketiga itu,” kata murid Sekolah Rendah Islam Al-amin Gombak itu yang turut berkongsi antara amalan sunat yang dinantikan­nya seperti solat Tarawih, tadarus al-quran dan perbanyakk­an amalan sedekah. [GAMBAR HIASAN]

 ??  ?? Bersahur perlu diterapkan sejak kecil lagi supaya mudah menjadi kebiasaan kepada kanak-kanak.
Bersahur perlu diterapkan sejak kecil lagi supaya mudah menjadi kebiasaan kepada kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia